Pusat Pengajian Seni - Tesis
Browse
Browsing Pusat Pengajian Seni - Tesis by Author "Paharul Rozi, Noor Rafizal"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- PublicationKajian Terhadap Kostum Persembahan Teater Tradisional Boria Di Pulau Pinang(2022-03)Paharul Rozi, Noor RafizalBoria ialah sebuah teater tradisional yang dibawa masuk ke Pulau Pinang sejak awal abad ke-19. Pada awal kemunculannya, boria mempunyai perkaitan dengan peristiwa di Karbala yang mempunyai kefahaman Syiah. Terdapat lima elemen dalam boria iaitu sketsa bagi segmen pertama dan nyanyian, tarian, muzik serta kostum bagi segmen kedua. Pelbagai perubahan yang telah berlaku sehingga abad ke-21 antaranya elemen kostum. Kajian ini akan melihat tentang kostum yang diguna pakai dalam persembahan boria awal abad ke-19 hingga abad ke-21. Kostum boria mengalami perubahan besar yang selari dengan arus pembangunan moden dan peredaran zaman apabila boria diubah suai mengikut cita rasa dan budaya komuniti tempatan.