Publication: Inspection of a precision lead screw fabrication
Loading...
Date
2002-03-01
Authors
Pang, Kin Wai
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Skru dulu (lead screw) merupakan salah satu komponen yang penting dalam
sistem kedudukan dengan menukarkan pergerakan putaran kepada pergerakan lelurus.
Skru dulu yang jitu dan persis amat diperlukan demi menjamin kedudukan sesuatu
benda adalah sentiasa betul khasnya dalam bidang pembuatan automasi.
Memang banyak unsur yang mempengaruhi kejituan dan kepersisan skru dulu.
Salah satu punca ialah kaedah fabrikasi. Projek ini menumpukan perhatian dalam
pemeriksaan semasa terhadap proses fabrikasi skru dulu dengan berbantukan
penglihatan mesin. Pemeriksaan semasa ini merangkumi perolehan imej dan
pemprosesan imej. Dengan imej-imej ini, lenturan skru dulu ditunjukkan dengan
kaedah yang sesuai untuk kajian. Projek ini menuju ke arah pemeriksaan semasa
tanpa penglibatan penglihatan manusia