Publication:
Rekabentuk dan fabrikasi sebuah pengabus bagas Udara berskala kecil

Loading...
Thumbnail Image
Date
2004-02
Authors
Shahrul Azuwadei Bin Ahmad Basharuddin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
The mechanical process including a liquid stream traveling at a relatively low velocity when exposed to a high velocity gas stream, the kinetic energy of the high velocity gas is used to shatter the liquid sheet into ligaments that subsequently disintegrate into droplets. This process is called air blast atomization. Now, this atomization technique is very important and it’s used in many fields especially in related engineering areas. In design and fabrication development, this item is gaining important. It is because to improves its performance. The processes that have been involved in this project are designed and fabricated the small scaled air blast atomizer. This simple designs combined by 2 cones and 2 cylinders with different size and a piece of square plate. In this project, many processes have to pass through before getting this air blast atomizer. The processes are designing; material selection, fabrication and finally testing for model to ensure the model can work properly. By doing this project, that atomizer can work as the real one following the theory even have an error with an excuses. Therefore, this atomizer can be used for future proposal and development. Apabila satu proses mekanikal yang melibatkan arus air dengan kelajuan yang agak rendah didedahkan pada arus gas yang berkelajuan tinggi, tenaga kinetik yang dihasilkan oleh kelajuan gas yang tinggi ini digunakan untuk memecahkan kepingan air yang mengalir melalui saluran air kepada bentuk ligamen kemudiannya hancur menjadi titisan. Proses ini dikenali sebagai pengabusan jenis bagas udara (air blast atomization). Pada masa kini, teknik pengabusan jenis ini amat penting dan banyak digunakan dalam pelbagai bidang terutamanya yang berkaitan dengan kejuruteraan. Memandangkan penggunaan alat ini semakin hari semakin penting, pembangunan dalam reka bentuk dan penghasilan alatan ini sangat diperlukan bagi memastikan prestasinya semakin meningkat. Projek yang dijalankan ini adalah merupakan satu proses mereka bentuk dan membina sebuah model pengabus bagas udara yang berskala kecil. Reka bentuk yang dibuat adalah ringkas dan mudah berdasarkan kepada gabungan beberapa komponen terdiri daripada 2 buah kon yang berbeza saiz, 2 buah silinder jugaberbeza saiz dan sekeping plat bersegi empat. Dalam menjalankan projek ini, banyak peringkat proses yang perlu dilalui dan dilaksanakan sebelum terhasilnya sebuah pengabus jenis bagas udara ini. Peringkat -peringkat tersebut ialah proses mereka bentuk, proses pemilihan bahan, proses penghasilan model dan akhir sekali proses ujian terhadap model yang direka bagi memastikan ianya berfungsi seperti yang diharapkan. Daripada projek yang dijalankan ini, didapati model pengabus yang dihasilkan berfungsi seperti pengabus bagas udara yang sebenar mengikut teori walaupun terdapat sedikit ralat kerana sebab-sebab tertentu. Dengan demikian, pengabus yang dihasilkan masih boleh diterima pakai untuk pembaikan dan pembangunan pada masa akan datang.
Description
Keywords
Citation