Publication: Perancangan Pembangunan Tanaman Makanan Asasi Di Aceh, Indonesia: Analisis Dari Perspektif Perancangan Pembangunan Tanaman Makanan Asasi Nabi Yusuf A.s.
Loading...
Date
2020-09
Authors
Moklis, Nurul ‘aqidah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Perancangan pembangunan tanaman makanan asasi adalah unsur penting dalam menjamin kualiti kehidupan masyarakat dunia hari ini. Membicarakan tentang keselamatan makanan di peringkat global bukanlah perkara baru. Peningkatan penduduk dunia telah menjadikan perancangan pembangunan tanaman makanan asasi di negara maju dan negara membangun sebagai fokus utama. Kajian ini melihat bahawa asas dalam perancangan pembangunan tanaman makanan asasi yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. harus dirungkai secara sistematik dalam melihat keberkesanan penerapan amalan yang dilaksanakan di sesebuah kawasan. Berdasarkan isu tersebut, Aceh merupakan salah satu daerah autonomi yang melaksanakan syariat Islam di Indonesia dan mempunyai pengeluaran hasil tanaman makanan asasi yang melebihi keperluan domestik. Perancangan pembangunan daerah juga telah mensasarkan Aceh menjadi salah satu daerah atau kawasan bekalan makanan untuk Indonesia walaupun sering berhadapan dengan bencana alam, perubahan iklim atau cuaca yang tidak menentu. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan untuk mencapai tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti perancangan pembangunan tanaman makanan asasi Nabi Yusuf A.S. menerusi tafsiran ulama tafsir. Kedua, menganalisis perancangan pembangunan tanaman makanan asasi di Aceh dari segi strategi dan program pembangunan. Ketiga, menganalisis perancangan pembangunan tanaman makanan asasi di Aceh, Indonesia dari perspektif amalan dalam perancangan pembangunan tanaman makanan asasi Nabi Yusuf A.S. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan temu bual tidak berstruktur dengan 10 orang informan kajian. Analisis kandungan juga dilakukan dengan menganalisis kitab-kitab tafsir yang dipilih dan dokumen perancangan pembangunan yang berkaitan. Hasil kajian mempamerkan tiga dapatan utama. Pertama, perancangan pembangunan tanaman makanan asasi Nabi Yusuf A.S. merupakan perancangan pembangunan yang komprehensif. Kedua, perancangan pembangunan tanaman makanan asasi di Aceh dipertanggungjawabkan oleh tiga agensi utama iaitu Badan Perencanaan Pembangunan Daerah (BAPPEDA) Aceh, Dinas Pertanian Tanaman Pangan Aceh dan Badan Urusan Logistik (BULOG) Aceh. Ketiga, wujud keselarian antara kedua-dua perancangan pembangunan tanaman makanan asasi berdasarkan penekanan amalan perancangan pembangunan tanaman makanan asasi Nabi Yusuf A.S. dalam perancangan pembangunan di Aceh.
Description
Keywords
Perancangan Pembangunan Tanaman Makanan Asasi Di Aceh , Indonesia , Analisis Dari Perspektif Perancangan Pembangunan Tanaman Makanan Asasi Nabi Yusuf A.s. , Makanan Asasi , Perspektif Perancangan Pembangunan , Makanan Asasi Nabi Yusuf A.s. , Moklis , Nurul ‘aqidah , Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan