Publication: Kajian sifat terma, mekanikal dan morfologikal bagi nanokomposit polikarbonat/montmorilonit.
| datacite.subject.fos | oecd::Engineering and technology::Materials engineering | |
| dc.contributor.author | Neoh, Su San | |
| dc.date.accessioned | 2026-11-20T08:31:08Z | |
| dc.date.available | 2026-11-20T08:31:08Z | |
| dc.date.issued | 2008-04 | |
| dc.description.abstract | Polikarbonat terisi NaMMT telah diterkalasi-leburkan dengan menggunakan mesin Haake Minilab diikuti oleh pengacuanan dengan menggunakan Haake Minijet. Pembebanan NaMMT adalah 1, 3 dan 5 wt%. Analisis termogravimetri (TGA) menunjukkan pembebanan 3 wt% NaMMT dalam PC/NaMMT mempamerkan kestabilan terma yang tertinggi walaupun kesan ini kurang ketara. Perosotan Tg dalam PC/NaMMT dengan peningkatan pembebanan NaMMT telah ditunjukkan dalam kedua-dua ujian kalorimetri penskanan pembezaan (DSC) dan Analisis terma mekanikal dinamik (DMTA). Modulus tersimpan (G’) bagi PC/NaMMT merosot dengan peningkatan pembebanan NaMMT. Peningkatan pembebanan NaMMT dalam PC/NaMMT telah menunjukkan perosotan terhadap kekuatan tegangan, keliatan dan kekuatan hentaman manakala modulus Young (E) mempamerkan kesan peningkatan. Pembelauan sinar-X (XRD) dan Mikroskop elektron transmisi (TEM) telah digunakan untuk kajian morfologi. Aglomerasi NaMMT dalam matriks PC telah diperhatikan. Pengembangan dalam ruang antara lapisan silikat adalah terhad. Pelbagai amaun lebihan (1, 5 dan 10) bagi 3-aminoporpiltrietoksi-silana (APS) telah digunakan dalam modifikasi NaMMT melalui teknik penukaran kation. Penambahan ruang antara lapisan silikat dapat diperhatikan dengan menggunakan XRD. Seterusnya, montmorilonit terubahsuai silana (STMMT) diinterkalasi dengan matriks PC menggunakan Haake Minilan dan Haake Minijet. PC/STMMT mempamerkan struktur interkalasi yang dominan diperhatikan dalam XRD dan TEM. Peningkatan pembebanan APS telah menunjukkan peningkatan moludus tersimpan (G’), kekuatan tegangan dan modulus Young (E) di samping memperbaiki Tg dan kestabilan terma PC/STMMT. Namun, kedua-dua sifat keliatan dan kekuatan hentaman merosot dengan peningkatan pembebanan APS yang menunjukkan peningkatan ruang antara lapisan silikat. Stirena-etilena-butilena-stirena tercangkuk maleik anhidrida (SEBS-gMAH) telah diperkenalkan untuk memperbaiki sifat keliatan dan kekuatan hentaman nanokomposit yang mengalami perosotan secara drastik dengan peningkatan pembebanan pengisi silikat. Kesan pembebanan SEBS-g-MAH (5, 10, 15 and 20 wt%) terhadap PC/NaMMT telah dikaji untuk memperoleh pembebanan optima SEBS-gMAH yang disediakan melalui process leburan interkalasi. Peningkatan dalam Tg telah diperhatikan dalam kedua-dua DSC dan DMTA. Keputusan TGA menunjukkan terdapat dua langkah penguraian dalam PC/NaMMT/SEBS-g-MAH. Suhu permulaan penguraian (Tonset) berkurangan dengan peningkatan pembebanan SEBS-g-MAH. Sifat keliatan PC/NaMMT ditingkatkan secara ketara melalui penyebatian SEBS-g-MAH, terutamanya dalam sebatian 10 wt% SEBS-g-MAH di mana nilai maksima diperhatikan. Manakala, kehadiran SEBS-g-MAH dalam PC/NaMMT telah menunjukkan kerosotan dalam kekuatan tegangan, modulus tersimpan (G’) dan modulus Young (E). | |
| dc.identifier.uri | https://erepo.usm.my/handle/123456789/25619 | |
| dc.language.iso | other | |
| dc.title | Kajian sifat terma, mekanikal dan morfologikal bagi nanokomposit polikarbonat/montmorilonit. | |
| dc.type | Resource Types::text::report::technical report | |
| dspace.entity.type | Publication | |
| oairecerif.author.affiliation | Universiti Sains Malaysia |