Publication: Kajian terhadap penghasilan agregat bermutu untuk turapan berbitumen.
| datacite.subject.fos | oecd::Engineering and technology::Materials engineering | |
| dc.contributor.author | Abdullah, Farihah | |
| dc.date.accessioned | 2026-11-23T07:07:55Z | |
| dc.date.available | 2026-11-23T07:07:55Z | |
| dc.date.issued | 2008-04 | |
| dc.description.abstract | Kajian ke atas kesan terhadap produk penghancuran Penghancur hentaman Aci Menegak telah dilakukan dengan menggunakan agregat granit. Hasil produk ini digunakan dalam penghasilan campuran turapan berbitumen. Kajian ini merangkumi ujian penghancuran agregat dengan menggunakan bukaan lataan sebagai parameter pembolehubh. Bukaan lataan yang digunakan adalah pada 0%, 15%, 30% dengan halaju rotor yang ditetapkan pada 60Hz. Analisa taburan saiz partikel, komposisi kimia dan analisis bentuk partikel telah dijalankan terhadap sampel suapan dan produk penghancuran. Hasil ujian mikroskopi mendapati stuktur permukaan produk adalah lebih licin berbanding suapan yang mempunyai struktur yang lebih kasar, manakala suapan mempunyai bentuk partikel yang memanjang dan berkeping berbanding produk yang lebih kubik. Penghasilan turapan berbitumen juga telah dilakukan dengan menggunakan suapan dan produk penghancuran. Ujian Marshall telah dijalankan bagi mengetahui nilai kestabilan turapan. Hasil kajian mendapati produk dengan bukaan lataan 30% mempunyai nilai kestabilan yang paling tinggi iaitu 14.5kN berbanding yang lain. Kandungan penggunaan bitumen yang optimum ialah 5.25%. | |
| dc.identifier.uri | https://erepo.usm.my/handle/123456789/25660 | |
| dc.language.iso | other | |
| dc.title | Kajian terhadap penghasilan agregat bermutu untuk turapan berbitumen. | |
| dc.type | Resource Types::text::report::technical report | |
| dspace.entity.type | Publication | |
| oairecerif.author.affiliation | Universiti Sains Malaysia |