Publication:
Menyusun Pengesan Sinar Gamma Yang Mempunyai Sambutan Berkadaran

No Thumbnail Available
Date
1982-12
Authors
Achmad, Amir
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Ditunjukkan di dalam tesis ini bahawa satu sistem pengesan foton, yang terdiri dari satu pembilang sintilasi biasa, kristal NaI(Tℓ), yang dihadapannya diletakkan beberapa turas dari bahan-bahan yang sesuai, kecekapannya dapat dibuat berubah dengan tenaga foton datang parapaksi, menurut sifat yang ditentukan terlebih dahulu. Perkara ini dapat diperolehi dengan menyusun suatu formulasi di mana dengan formulasi itu memungkinkan kita dapat menyepadankan kecekapan Ei. bagi sistem pembilang untuk foton-foton bertenaga Ei dengan kecekapan yang diinginkan yang ditentukan oleh satu fungsi sambutan R(Ei). Beberapa pembolehubah yang digunakan di dalam pemadanan tersebut ialah sifat alam dan tebal bahan turas berserta dengan sebahagian lamanya masa turas itu berada di dalam bim foton yang sedang kita kaji. Berdasarkan penentuan kuasadua terkecil dapatlah dicari nilai-nilai optimum parameter di atas.
Description
Keywords
Gamma rays
Citation