Publication: Rekabentuk dan analisis uterine manipulator
Loading...
Date
2004
Authors
Mastura binti Samsudin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini merupakan salah satu cara untuk penambahbaikan mekanisma yang sedia ada pada uterine manipulator. Mekanisma yang sedia ada menggunakan timing belt yang disambungkan dari pemegang ke penyambungan rod dan batang tirus untuk menggerakkan bahagian hadapan alat tersebut ke atas dan ke bawah sahaja. Mekanisma yang ditambah iaitu dari segi pergerakan bahagian hadapan alat tersebut supaya boleh bergerak ke kiri dan ke kanan dengan menggunakan sistem yang sedia ada serta batang tirus dapat di cabut dari penyambung. Alat ini berfungsi sebagai pengesan kesuburan dan menggerakkan uterus ketika pembedahan dilakukan. Di mana bahagian hadapan alat ini penting kerana ia akan dimasukkan ke dalam uterus. Pergerakan yang bertambah kepada 3 dimensi memudahkan pengesanan disekitar uterus dengan lebih berkesan. Rod pada hujung alat tersebut yang boleh bergerak itu mempunyai ciri keselamatan iaitu ia disalutkan dengan getah dan mempunyai belon untuk mengelakkan uterus cedera apabila ia digunakan dan memastikan pewarna yang dimasukkan itu tidak keluar dari saluran uterus. Analisis dibuat dengan menggunakan perisian I-DEAS dan model prototaip dihasilkan.
The research was about a study on design of mechanism Uterine Manipulator by using a timing belt which link the rotating control handle and a pivot point to operate the flexible tip move left and right. The existing design was only have two movements, up and down but the new design added with another movement, left and right by using a same method and the flexible tip can be remove from the join. This equipment are used to senses fertility, to move the uterus during operation, where the important flexible tip is inserted in the uterus to do the function. Adding the movement of flexible tip into 4 degree of freedom made it easier to move and sense around the pelvic area efficiently. The flexible tip is covered by rubber and has an air balloon for safety and avoids injury in the uterus. The mechanism of movement was analyze by using I-DEAS software and fabricate with prototype model.