Publication: Integration of cutting tool management with cnc milling machine for automatic machining
Loading...
Date
2002-03-01
Authors
Ong, Min Fatt
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Masa kini, aplikasi sistem CAD/CAM dalam bidang pembuatan acuan merupakan aset
penting dalam peningkatan kualiti, kuantiti dan penjimatan masa pembangunan produk
dalam industri pembuatan. Banyak masa dapat dijimatkan implikasi dari penggunaan
perisian CAD/CAM dalam pemesinan automatik. Projek tahun akhir ini adalah bertajuk
‘integrasi pengurusan alat potongan dengan mesin pemilan KBB ( CNC ) untuk pemesinan
automatik’. Projek ini cuba memungkinkan pemesinan produk oleh mesin CNC selepas
pemesinan maya dijanakan di dalam perisian CAD/CAM. Untuk mencapai objektif projek
ini, simulasi pemotongan maya dilakukan ke atas tiga objek iaitu bahagian penutup enjin,
sudu dan simbol lelaki dan perempuan sebagai kajian kes
Data-data dan maklumat tentang peralatan dan alat pemotong diambil dan dikelaskan
dalam jadual untuk dijadikan sebagai rujukan. Lukisan CAD untuk objek dibuat dalam
komputer dengan menggunakan perisian I-DEAS. Kemudian data-data tentang parameter
pelbagai jenis alat pemotong seperti bahan buatan alat pemotong, diameter panjang dan
sebagainya dimasukkan ke dalam bahagian sistem pengurusan alat pemotong dalam
perisian I-DEAS dalam task ‘Generative Machining’. Simulasi pemesinan maya
dijalankan ke atas objek dengan pelbagai alat pemotong. Selepas simulasi, aturcara bahasa
mesin untuk proses ini dibina melalui perisian ini.
Sepatutnya pemesinan produk mesti dilakukan dalam projek ini tetapi mesin pemilan CNC
DECKEL menghadapi masalah teknikal. Maka pemesinan produk tidak dilakukan.
Sepanjang perjalanan projek tahun akhir ini, aktiviti-aktiviti seperti mengumpul data-data
peralatan, lakaran lukisan rekabentuk objek, melukis lukisan CAD dan simulasi pemesinan
maya telah berjalan dengan lancar.
Data-data tentang parameter pelbagai jenis alat pemotong yang dimasukkan dalam
perisian I-DEAS adalah berdasarkan nilai sebenar parameter alat pemotong yang terdapat
di bengkel Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik. Pengguna boleh membuat kajian kes
dengan senang. Data-data alat pemotong yang ada dalam perisian I-DEAS dirujuk dan alat
pemotong dipilih dan terus digunakan dalam simulasi maya. Ini telah menyenangkan kerja
dan menjimatkan masa pengguna lain