Publication:
Mampatan quasi statik ke atas gegelang dengan menggunakan kaedah analitikal

Loading...
Thumbnail Image
Date
2002
Authors
Khairul Izwandy Abdul Jazam
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Komponen Honeycomb merupakan salah satu peranti sistem serapan tenaga hentaman yang sangat baik. Elemen asas bagi komponen Honeycomb ialah tiub gegelang segienam. Bagi mendapatkan kelakuan komponen Honeycomb semasa dikenakan tenaga hentaman, kajian terhadap elemen asasnya perlu dilakukan. Kajian ini merupakan sambungan kepada kajian terdahulu berkaitan dengan sistem serapan tenaga menggunakan gegelang segienam. Analisa tentang proses mampatan lateral secara quasi statik ke atas gegelang segienam dalam kajian terdahulu telah diperincikan lagi dalam kajian ini dengan penambahan analisa kesan geseran semasa gegelang dimampat. Mod- mod ubah bentuk gegelang semasadimampat bagi menjalankan analisa kesan geseran adalah berdasarkan eksperimen yang dilakukan dalam kajian terdahulu. Keputusan analisa bagi mampatan tanpa kesan geseran, mampatan dengan kesan geseran dan eksperimen dibandingkan dalam bentuk graf dan jadual serta dibincangkan. Bagi membuktikan analisa mampatan dengan kesan geseran dalam kajian ini adalah baik, keputusan analisa tersebut turut dibandingkan dengan keputusan analisa unsur terhingga (FEA) juga dari kajian tedahulu. Honeycomb component is one of the best impact energy absorbers devices. The basic element of Honeycomb component is a single hexagonal ring tube. To get the behaviour of Honeycomb component when the impact energy was applied, study on the behaviour of basic element must be carry out. This paper is the continuous of the previous paper about energy absorption system using hexagonal ring. The previous analysis about lateral compression on hexagonal ring process was studied more details in this paper with the including of friction effect while the ring is compressed. Mode of deformation used for friction effect analysis is obtained from the pervious paper experiment. The result of compression without friction effect, compression with friction effect and experiment were compared in systematic graph and table. To prove the result of compression with friction effect give better result than without friction, the result was compared with the result data of Finite Element Analysis (FEA) also from the previous paper.
Description
Keywords
Citation