Publication: Pembangunan berpandukan kaedah ujikaji & prosidur baru untuk mikrostruktur bahan logam
Loading...
Date
2004-02-03
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Purpose of this project is to study factors that influencing steel to get the right microstructure for quenching at austenite level. The microstructures are martensite, bainite, and the austenite grains boundaries. A bar with 100mm long and 20mm diameter will place in a hot oven with austenite temperature and quenching process will be after that. Hardness of the quenched bar will be taken and the microstructure will be analyzed. There are three types of quenching medium used in this experiment. They are water quenching, oil quenching and forced air quenching. The temperatures that are used in this experiment are 8000C, 8500C, 9000C and 10000C. Instead of changing the temperature, I also change the cooling time that are 15, 20, 25, and 30 minutes. All the experiments will be test on three different types of carbon content. That is low carbon content, medium and high carbon content in the steel. The difference of microstructure and hardness of the three types of carbon steel will be studied. Which parameters is the best for lowering cost will be analyzed. From the experiment, a temperature that is suitable for changing the grains to austenite grains and has maximum hardness is 9000C. Meanwhile, the time for 30 minutes of cooling the hot bar is a perfect time to allow the bar cooled perfectly. Low carbon content and medium carbon content is a suitable metal to quench because they have shows a large difference before and after quenching. A high carbon did not show many differences after heat treatment.
Projek ini bertujuan untuk mengkaji parameter yang paling mempengaruhi keluli untuk mendapatkan mikrostruktur martensite dan bainite setelah dipanaskan pada suhu austenite. Bar keluli sepanjang 100mm dan diameter 20mm dipanaskan sehingga ke suhu yang ditetapkan dan kemudian dilindap kejut. Kekerasan bar ini diuji dan mikrostrukturnya akan di analisa. Terdapat tiga medium penyejukkan yang digunakan dalam ujikaji ini. Medium penyejukkan tersebut adalah air, angin dan juga minyak. Suhu untuk ujikaji ini juga diubah untuk mengkaji pengaruh perbezaan suhu pemanasan keluli terhadap kekerasan dan mikrostruktur keluli. Suhu yang digunakan di dalam ujikaji ini ialah 800˚C, 850˚C, 900˚C dan 1000˚C. Selain daripada dua parameter yang disebutkan diatas, masa penyejukkan ke atas keluli juga dikaji. Terdapat beberapa tempoh masa penyejukkan yang dikaji iaitu 15, 20, 25, dan 30 minit. Ujikaji terhadap kesemua parameter ini dijalankan ke atas tiga jenis keluli yang mempunyai kandungan karbon yang berlainan. Daripada analisis yang telah dijalankan, didapati suhu 900˚C memberikan kekerasan yang sesuai. Masa penyejukkan pula adalah 30 minit. Jangkamasa 30 minit adalah mencukupi untuk menyejukkan keluli dengan sempurna. Keluli karbon rendah dan sederhana pula adalah jenis keluli yang sesuai untuk proses rawatan haba lindap kejut. Untuk mendapatkan kekerasan yang diingini, medium penyejukkan yang berbentuk cecair sesuai digunakan untuk menyejukkan logam.