Protokol keselamatan untuk penggunaan ejen mobil berdasarkan infrastruktur kunci awam

Loading...
Thumbnail Image
Date
2004-09
Authors
Mazlan, Muhammad Aiman
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penggunaan teknologi pengkomputeran ejen mobil telah meningkat terutamanya dalam bidang transaksi elektronik disebabkan faedah dan perkhidmatan yang disediakan oleh teknologi ejen mobil berbanding dengan pengkomputeran sistem teragih yang lain. Oi sebalik faedah dan perkhidmatan yang disediakan, teknologi ejen mobil telah mengundang banyak isu keselamatan terutamanya keselamatan ejen dan keselamatan komputer hos (komputer yang menyediakan pelantar pelaksanaan kod ejen). Isu keselamatan telah dikenal pasti sebagai faktor kritikal kepada penerimaan teknologi ejen mobil. Isu keselamatan ini telah mendorong kami untuk menyelidik dengan lebih teliti penggunaan ejen mobil dalam kumpulan komunikasi serta untul< mengenal pasti sarna ada keuntungan yang ditawarkan seimbang dengan isu keselamatan yang telah ditimbulkan. Dalam tesis ini, kami mencadangkan satu protokol keselamatan untuk penggunaan ejen mobil berdasarkan Infrastruktur Kunci Awam (PKI). Model keselamatan yang dicadangkan akan dapat menangani isu keselamatan dan ancaman yang dihadapi oleh ejen mobil. Oalam model ini, isu berkaitan integriti data, kerahsiaan data dan pengesah betul akan ditangani. Model protokol keselamatan ini juga digunakan dalam komunikasi berkumpulan iaitu menyediakan model keselamatan untuk penggunaan ejen mobil dalam komunikasi berkumpulan serta menggunakan teknologi ejen mobil untuk menghasilkan komunikasi berkumpulan yang selamat.
Description
Keywords
Isu keselamatan telah dikenal pasti sebagai faktor kritikal , kepada penerimaan teknologi ejen mobil.
Citation