Profiling ICT Academics at Malaysian Research Universities (RUs) on Their Commercialization Approaches Based on Personal Attributes: a Grounded Theory Study
Loading...
Date
2015-01
Authors
Othman, Hafizul
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penglibatan dan pilihan dalam keusahawanan oleh ahli akademik amat jarang dilihat dari perspektif ahli akademik ataupun keupayaan individu akademik itu sendiri. Malah, pihak universiti amat kekurangan budaya pengkomersialan yang efektif. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mendalami perspektif peringkat mikro bagaimana ahli akademik memilih kaedah-kaedah pengkomersialan dan mencadangkan satu pemahaman yang unik terhadap mereka. Projek kajian ini mengadaptasikan kaedah teori asas dengan kepelbagaian kes di lima buah universiti penyelidikan yang terdapat di Malaysia. Transkripsi dan pengekodan temu bual separa berstruktur dengan 42 ahli akademik membawa kepada penggunaan kod besar dan kecil ke arah membina teori dalam bentuk abstrak iaitu profil. Hasilnya, satu rangka kerja dan cadangan mewakili teori untuk pemprofilan kepada lima kategori, iaitu akademik yang mengajar, pengajar berkeusahawanan, penyelidik akademik, penyelidik berkeusahawanan dan usahawan akademik yang berusaha sendiri. Hasil kajian ini diharap dapat memberi satu penemuan baru dalam memahami ahli akademik terutama kepada pengamal (industri, kerajaan dan pentadbir universiti seperti Dekan dan TTO) bagi merangsang budaya pengkomesialan
Description
Keywords
Profiling ICT , Grounded Theory