Awareness And Application Of Social Networking Sites Among Malaysian Academic Libraries

Loading...
Thumbnail Image
Date
2012
Authors
Abdul Razak, Rizalawati Ayu
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Laman sosial (Social Networking Sites, SNS) merupakan salah satu daripada teknologi Web 2.0 yang digunakan dalam persekitaran perpustakaan untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan perpustakaan kepada penggunanya. Tujuan kajian ini bukan sahaja untuk mengenalpasti kewujudan penggunaan SNS di Perpustakaan akademik di Malaysia bahkan melihat kegunaannya, kesedaran penggunaan SNS, ciri-ciri dan aplikasi SNS yang digunakan serta mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi menghalang penggunaanya di Perpustakaan akademik. Maklumat dalam kajian ini menggunakan tiga (3) kaedah iatu kajiselidik, analisis web dan "open-ended questionaires". Sebanyak 25 buah Perpustakaan akademik yang terdiri daripada ahli PERPUN (Persidangan Perpustakaan Universiti dan Perpustakaan Negara Malaysia) digunakan sebagai sampel kajian. Lapan belas (18) buah Perpustakaan akademik memberi maklumbalas dan cuma Iapan (8) daripadanya menyatakan bahawa mereka menggunakan Iaman social Facebook. Melalui kajiselidik ini, maklumat mengenai kesedaran penggunaan SNS, penggunaan SNS, tanggapan mengenai kelebihan penggunaan dan masalah-masalah yang menghalang penggunaan SNS diperolehi. Analisa web yang dilakukan ke atas Iaman web Perpustakaan akademik sehingga bulan September 2010 mendapati bukan hanya Iapan (8) perpustakaan sahaja yang telah menggunakan Facebook bahkan terdapat empat belas (14)Perpustakaan akademik yang telah mempunyai Iaman Facebook. Melalui analisa web, maklumat mengenai penggunaan Iaman Facebook Perpustakaan akademik dan jenis-jenis maklumat yang disampaikan melalui Iaman tersebut diperolehi. Selain itu, ciri-ciri dan aplikasi yang digunakan oleh setiap Iaman Facebook Perpustakaan akademik turut disemak melalui kaedah ini. "Open-ended questionnaires" yang diberikan kepada pengendali Iaman Facebook Perpustakaan pula memberi maklumat mendalam mengenai penggunaan Iaman Facebook. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Perpustakaan akademik di Malaysia menggunakan Iaman Facebook untuk berkomunikasi dengan pengguna Perpustakaan, mempromosikan acara-acara penting di Perpustakaan, membuat pengumuman penting Perpustakaan serta mendapatkan maklum balas pengguna Perpustakaan. Kebanyakan perpustakaan universiti yang tidak mengunakan kemudahan SNS menyatakan bahawa topik pengunaan SNS tidak pernah dibincangkan di Perpustakaan. Selain itu, polisi pihak universiti yang melarang pengunaan SNS adalah faktor penghalang kepada pengunaan SNS di Perpustakaan mereka.
Description
Keywords
Kewujudan penggunaan SNS , di Perpustakaan akademik di Malaysia.
Citation