An Investigation on the Long Term Properties of Various Commodity Thermoplastic Nanocomposites Filled with Organo-Montmorillonite

Loading...
Thumbnail Image
Date
2007
Authors
Dr. Wen Shyang, Chow
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian sifat-sifat mekanikal, terma dan morfologi bagi pelbagai termoplastik terisi organo-montmorillonit telah dijalankan. Termoplastik yang dikaji termasuk polipropilena, polietilena, polistirena, dan poliamida. Nanokomposit termoplastik berpengisi organomontmorillonit telah disediakan dengan kaedah pencampuran leburan. Dua kaedah pencampuran leburan telah dijalankan, iaitu pengekstrudan skru tunggal dan penggiling bergulung dua. Agen penserasi telah ditambahkan dalam termoplastik terisi organomontmorillonit supaya meningkatkan interaksi dan keserasian termoplastik dengan organo-montmorillonit. Kajian mekanikal termasuk ujian tensil dan pelenturan. Sifat-sifat terma bagi nanokomposit termoplastik t erisi organo-montmorillonit telah dikaji dengan analisis termogravimetrik (Thermogravimetry Analysis-TGA) dan kalorimetri penskanan pembezaan (Differential Scanning Calorimetry-DSC). Kajian mikroskopi electron penskanan (Scanning Electron Microscoey-SEM), mikroskopi elektron pemancaran (Transmission Electron Microscopy-TEM~ dan mikroskopi daya atomik (Atomic Force Microscopy-AFM) telah dijalankan untuk menganalisis sifat morfologi bagi termoplastik terisi organo-montmorillonit. Sifat mekanikal dan terma dapat ditingkatkan dengan penambahan organo-montmorillonit dan agen penserasi. Ujian pencuacaan semulajadi, penuaan pengoksidaan terma dan penuaan higroterma telah dijalankan untuk mengkaji sifat-sifat jangka panjang bagi nanokomposit termoplastik terisi organo-montmorillonit.
Description
Keywords
Materials and Mineral Resources Engineering
Citation