Nombor Perdana
Loading...
Date
2008-06
Authors
Lee, Hong Nai
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Teori Nomber ialah bidang Matematik yang menarik minat dan perhatian semua
sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ia digelar sebagai "Ratu bagi Matematik' oleh Gauss.
Di Malaysia para pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis nombor. Para
pelajar mula diperkenalkan dengan nombor perdana sejak di tingkatan satu lagi. Tetapi,
apabila ditanyakan apa itu nombor perdana, ramai pelajar malahan guru hanya boleh
memberi jawapan "nombor yang hanya boleh dibahag( oleh 1 dan dirinya". Mereka
tidak dapat memberi penerangan lanjut mengenai soalan ini. Oleh sebab inilah, telah
mendorong saya untuk menjadikan Nombor Perdana sebagai tajuk projek saya.
Objektif utama projek ini adalah supaya ia dapat memberi gambaran lengkap
dan pengetahuan penuh mengenai nombor perdana. Projek ini membincangkan tentang
sejarah perkembangan nombor perdana, teorem-teorem yang berkaitan dengan nombor
perdana, cara mengenali nombor perdana, jenis-jenis nombor perdana, nombor perdana
terbesar yang dijumpai sehingga hari ini dan aplikasi nombor perdana dalam
kriptografik. Selain daripada itu, pelbagai paten dan pola yang boleh dibentuk dengan
nombor perdana juga disenaraikan.
Pendek kata diharap para pembaca akan tcrtarik dan mendapat manfaat scrta
idea setelah membaca laporan projek ini.
Description
Keywords
Nombor Perdana