Ke Arah Membina Satu Masyarakat Yang Minat Membaca Peranan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Di Dalam Memupuk Minat Membaca Di Kalangan Belia Di Pulau Pinang. Satu Analisis Daripada Sudut Tanggapan Golongan Belia Di Pulau Pinang.
dc.contributor.author | Abdullah, Nik Azizan | |
dc.date.accessioned | 2022-07-21T01:21:39Z | |
dc.date.available | 2022-07-21T01:21:39Z | |
dc.date.issued | 1987 | |
dc.description.abstract | Membaca merupakan satu kegiatan yang penting di dalam hidup manusia, terutama di dalam zaman perledakan ilmu pengetahuan ini.Kebolehan membaca akan menjadi sia-sia jika tidak di-amalkan. Membaca merupakan kunci ilmu pengetahuan. Malangnya, budaya membaca belum wujud di dalam masyarakat kita. Malah timbul juga banyak salah faham tentang tabiat membaca. Ada orang berpendapat, membaca mesti dibuat di tempat-tempat tertentu, pada masa-masa yang tertentu dan untuk tujuan-tujuan yang tertentu. Anggapan seperti ini perlu dibetulkan segera, terutama di kalangan belia yang masih di alam persekolahan. Jika anggapan-anggapan seperti itu berterusan, maka buku dan bahan bacaan yang lain akan tersisih dan ’ asing ’ apabila mereka meninggalkan alam persekolahan nanti. Menyedari hakikat inilah, kerajaan telah mengadakan Projek Gerakan Membaca bermula pada tahun 19&0 sehingga kini yang memberikan tugas penting kepada perpustakaan untuk memupuk minat membaca dan seterusnya membina satu budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia khususnya golongan belia. Namun demiklan, laporan kini masih menunjukkan bahawa minat membaca belum lagi wujud di dalam masyarakat kita terutamanya golongan belia. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/15613 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.title | Ke Arah Membina Satu Masyarakat Yang Minat Membaca Peranan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Di Dalam Memupuk Minat Membaca Di Kalangan Belia Di Pulau Pinang. Satu Analisis Daripada Sudut Tanggapan Golongan Belia Di Pulau Pinang. | en_US |
dc.type | Other | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: