Kajian Arkeologi Di Tapak SB1M Dan SB1N, Kompleks Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah
dc.contributor.author | Aminuddin, Shamsul Anwar | |
dc.date.accessioned | 2016-06-27T07:26:08Z | |
dc.date.available | 2016-06-27T07:26:08Z | |
dc.date.issued | 2015-06 | |
dc.description.abstract | Kajian arkeologi yang dijalankan di Kompleks Sungai Batu, Lembah Bujang pada tapak SB1M dan SB1N telah mendedahkan bukti tapak monumen bata yang berfungsi sebagai sebuah bangunan penyokong kepada jeti tapak SB1J dan SB1K. Kajian arkeologi di kedua-dua tapak ini melibatkan pentarikhan kronometrik, ekskavasi arkeologi dan analisis saintifik artifak. Terdapat dua kaedah pentarikhan kronometrik yang digunakan iaitu Pentarikhan Rangsangan Pandar Kilau (OSL) dan pentarikhan radiokarbon. Hasil pentarikhan OSL pada tapak SB1M menunjukkan usia sekitar 87 Sebelum Masihi dan abad 13 Masihi. Bagi pentarikhan radiokarbon pula 15 sampel arang diambil dan menunjukkan usia sekitar abad ketiga Masihi sehingga abad ke-17 Masihi. Hasil pentarikhan OSL tapak SB1N menunjukkan usia sekitar 187 Sebelum Masihi dan 87 Sebelum Masihi. Pentarikhan radiokarbon ke atas 13 sampel arang diambil dan menunjukkan usia sekitar abad pertama Masihi sehingga abad ke-17 Masihi. Hasil ekskavasi pada kedua-dua tapak menemukan artifak terdiri daripada bata, atap genting, tembikar, besi dan sisa besi. Tapak SB1M telah merekodkan sebanyak 3,569 ketulan bata, 1,152 serpihan atap genting, 263 serpihan tembikar dan 16 ketulan besi. Bagi tapak SB1N pula telah merekodkan sebanyak 2,010 ketulan bata, 2,449 serpihan atap genting, 20 serpihan tembikar dan 4 ketulan sisa besi. Jumpaan atap genting menunjukkan kedua-dua tapak ini berbumbung. Analisis saintifik pula dijalankan dengan menggunakan teknik XRD (Pembelauan Sinar-X), XRF (Pendarflour Sinar-X) dan SEM (Mikroskop Elektron Imbasan). Hasilnya telah mendedahkan ketiga-tiga artifak iaitu bata, atap genting dan tembikar telah menggunakan sumber tanah liat dari sumber bahan asas yang sama. Suhu pembakaran bagi ketiga-tiga artifak ini dicadangkan sekitar 550°C hingga 870°C. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/2204 | |
dc.subject | Arkeologi | en_US |
dc.subject | SB1M | en_US |
dc.title | Kajian Arkeologi Di Tapak SB1M Dan SB1N, Kompleks Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |