Controlling multiple input multiple output (mimo) for binary distillation column
Loading...
Date
2019-06
Authors
Muhammad Syafiq Bin Sulaiman
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Fokus penyelidikan ini adalah mengenai pengawalan Pelbagai Input Pelbagai Output (MIMO) proses untuk kadar sulingan (D) – kadar mendidih (V) dan kadar refluks (L) - kadar mendidih (V) konfigurasi. Terdapat sejumlah 3 fasa dalam proses simulasi ini dengan 2 pemboleh ubah terkawal (CV). Dalam fasa 1, fungsi pemindahan dan keluk yang terbaik diperolehi untuk konfigurasi LV dan DV. Keluk terbaik adalah 88.28% (CV1) dan 93.07% (CV2) untuk LV dan 93.02% (CV1) dan 81.51% (CV2) untuk DV. Dalam fasa 2, pengawal untuk LV dan DV konfigurasi telah dihasilkan, ditala dan dibandingkan berdasarkan pengesanan titik set dan gangguan penolakan. 3 cara talaan telah digunakan iaitu synthesis lansungan (DS), CHR dan pengurangan ayunan (DO). Aspek utama untuk menilai respon adalah berdasarkan sifat keluk dan analisis ralat. Berdasarkan 2 aspek penilaian, kaedah penalaan terbaik LV dan DV telah ditentukan iaitu kaedah gabungan penalaan untuk kedua- dua konfigurasi. Dalam fasa 3, RGA dan analisis kadar sensitif telah dilakukan. Nombor kondisi (CN) dan Indeks Daya Tahan Morari (MRI) adalah 1.499 X 10󠆶³ dan 0.0018 untuk LV manakala 209.9205 dan 0.0065 untuk DV. Ia dapat lihat bahawa kedua-dua konfigurasi dalam kondisi tidak baik dan mempamerkan kadar sensitif yang tinggi untuk model tidak sepadan. Keputusan RGA adalah kepadanan selari (MV1-CV1) untuk LV manakala kepadanan bertentangan (MV1-CV2) untuk DV. Penyahgandingan jenis yang berbeza telah dihasilkan dan dibandingkan. Jenis-jenis penyahgandingan penuh, separa atas dan separa bawah, di mana ia ada untuk statik dan dinamik. Adalah diperhatikan bahawa penyahgandingan bawah separa statik memberikan hasil analisis ralat dan keluk respon yang terbaik. Keputusan analisi ralat configurasi LV untuk CV1 dan CV2 bagi ISE, IAE dan ITAE adalah 5.312e-4, 0.04551, 30.6297 dan 1.004e-5, 8.01000e-3, 4.73179. Tambahan pula, keputusan analisi ralat configurasi DV untuk CV1 dan CV2 bagi ISE, IAE dan ITAE adalah 5.243e-4, 0.04689, 31.1833 and 6.96e-6, 7.34e-3, 4.4801. Oleh itu, ia telah terbukti berdasarkan simulasi dan pengiraan, kaedah penalaan kombinasi dengan penyahgandingan bawah separa statik adalah cara untuk mencapai pengesanan titik set, interaksi gelung dan gangguan penolakan yang terbaik untuk kedua-dua LV dan konfigurasi DV.