Learning Organization And Social Development: A Case Study Of European Gaza Hospital (Egh) – Gaza Strip
Loading...
Date
2015-02
Authors
HASSAN AIASH, HALA SALMAN
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pengenalan konsep organisasi pembelajaran adalah sangat penting kepada organisasi yang menjalani perubahan asas dalam proses pembangunan dan organisasi yang sistematik akan menggabungkan perubahan - perubahan tersebut untuk menilai amalan serta perancangan pembangunan pekerja di organisasi mereka. Konsep ini juga dapat digunakan untuk meningkatkan keupayaan organisasi untuk menjalankan misinya. Oleh yang demikian, para pekerja organisasi awam di Semenanjung Gaza perlu mengambil langkah-langkah penting untuk memenuhi harapan organisasi dalam meningkatkan prestasi mereka agar dapat menyumbang dalam pembangunan masyarakat.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kebolehpakaian konsep organisasi pembelajaran (LO) di institusi Hospital Eropah Gaza (EGH), Semenanjung Gaza. Kajian ini diharapkan dapat menggalakkan perkembangan organisasi di dalam premis EGH, mentransformasi EGH menjadi sebuah LO, di samping meningkatkan keberkesanan peruntukan dalam perkhidmatan kesihatan ke arah pembangunan sosial yang lebih baik di Gaza. Kajian ini mensasarkan pengurus dari kepakaran yang berbeza di EGH. Kedua-dua pendekatan kuantitatif dan kualitatif telah digunakan untuk pengumpulan data. Soal selidik menggunakan lima disiplin Senge dan dimensi-dimensi dalam Model Soal Selidik Organisasi Pembelajaran (DLOQ) telah diedarkan kepada 65 pengurus di Hospital Eropah Gaza. Temubual telah diadakan dengan beberapa orang penting di Kementerian Kesihatan dan temubual berbeza juga diadakan dengan jawatankuasa pendidikan kesihatan serta kakitangan EGH
Description
Keywords
Learning Organization And Social Development , A Case Study Of European Gaza Hospital (Egh) – Gaza Strip