Effects Of Rediset Additive On The Engineering Properties Of Warm Asphalt Binders And Mixtures
Loading...
Date
2015-02
Authors
GOLCHIN, BABAK
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Rediset adalah bahan tambah kimia yang berpotensi untuk membolehkan campuran asphalt dihasilkan dan dipadat pada suhu yang lebih rendah berbanding suhu penyediaan campuran turapan asphalt biasa. Tesis ini mendedahkan aspek baru penggunaan Rediset di dalam pengikat dan campuran asfalt. Objektif utama kajian ini adalah untuk mencirikan kesan kandungan Rediset terhadap sifat reologi pengikat asfalt dan campuran asfalt yang didedahkan kepada pelbagai keadaan persekitaran termasuk penuaan, suhu ujian dan keadaan kelembapan. Kesan kandungan Rediset terhadap parameter Superpave dikaji menggunakan kaedah reka bentuk eksperimen satu faktor pada satu masa dan kaedah tindak-balas permukaan. Manakala, kesan kandungan Rediset terhadap sifat reologi bahan pengikat pada suhu tinggi diuji menggunakan reometer ricih dinamik berasaskan pelbagai ujian makmal yang meliputi suhu, terikan, frekuensi, pelbagai tegasan, aliran, rayapan, rayapan pelbagai tegasan dan pemulihan, serta kelikatan ricih sifar. Penetapan kandungan bahan pengikat optimum (OBC) Rediset dan suhu pemadatan. Kaedah pengoptimaan baru dicadangkan untuk penentuan kandungan Rediset, kandungan bahan pengikat dan suhu pemadatan yang bersesuaian. Gabungan kesan pengusiaan dan kelembapan keatas sifat ketegaran campuran asphalt bersuhu sederhana (WMA) dikaji mengunakan ujian modulus kenyal,
Description
Keywords
Effects Of Rediset Additive On The Engineering Properties Of , Warm Asphalt Binders And Mixtures