Perlaksanaan Dan Penilaian Sistem Pengecaman Suara Berasaskan Hidden Markov Model Untuk Sistem Perintah Dan Kawal

Loading...
Thumbnail Image
Date
1999-10
Authors
Ali, Ahmad Nazri
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Banyak kernajuan telah dicapai dalarn pengecaman suara automatik(ASR) sejak 40 tahun yang lepas. Beberapa produk pengecaman suara automatik telah pun muncul seperti aplikasi berasaskan komputer sehinggaJah kepada produk pengguna. Fungsifungsi yang diaktifkan oleh suara yang memerIukan ASR juga boleh dilaksanakan dalam penggunaan rnasa nyata yang kritikal seperti dalam sistem perintah dan kawal kapallaut dan kapal terbang perang. Bagaimanapun aspek keboleharapan rnerupakan satu faktor yang penting dalarn penggunaan ini. Oleh itu, tujuan utama tesis ini adalah untuk melaksanakan dan rnenilai keberkesanan ASR ke atas sistem perintah dan kawa1. Satu teknik ASR yang paling popular iaitu Hidden Markov Model(HMM) serta kaedah prapemprosesan telah diselidiki secara rnendalam untuk melihat keberkesanan dan kerumitan pengiraan terutarnanya bagi tujuan perlaksanaan masa nyata, khususnya untuk aplikasi sistern perintah dan kawal. Untuk rnenilai sistern ASR ini, dua isu utam",: iaitu pengaruh bahasa dan kesan bising persekitaran terhadap pre stasi pengecarnan telah dipertimbangkan. Bagi menentukan pengaruh bahasa ke atas prestasi pengecaman, perkataan-perkataan perintah dan kawal dalam Bahasa Malaysia dan terjernahannya dalam Bahasa Inggeris telah pun digunakan. Bagi melihat kesan persekitaran keatas prestasi pengecarnan, perkataan yang sarna telah direkodkan dengan beberapa paras kekuatan bising yang dijanakan. Hasil penyelidikan ini menunjukkan gabungan kaedah HMM dan perkataan Bahasa Inggeris berserta sistem penghapusan bising rnampu i menghasilkan satu sistem ASR yang bersesuaian untuk dilaksanakan kepada sistem perintah dan kawal.
Description
Keywords
Penilaian Sistem Pengecaman Suara , Berasaskan Hidden Markov Model
Citation