Kesan Pengisi Kaolin Ke Atas Sifat-Sifat Pematangan, Mekanik Dan Kelakuan Pembengkakan Sebatian Getah Asli
Loading...
Date
2005-03
Authors
NURUL KAMAL
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Sifat-sifat pematangan, mekanik, kelakuan pembengkakan dan kajian morfologi
getah asli (SMR L) dan getah asli terepoksida (ENR 50) terisi kaolin telah dikaji.
Kesan pembebanan kaolin dan silika komersil (Vulkasil C), pelbagai saiz kaolin
dan penggunaan agen pengkupel silana, Si 69 serta additif asid lemak minyak
kelapa sawit (POFA) di dalam sebatian getah SMR L juga telah dikaji.
Keputusan kajian menunjukkan yang sebatian getah SMR L terisi kaolin
menunju~kan sifat-$ifat mekanik yang lebih baik tetapi masa skorj dan masa _. .... - .
pematangan yang lebih panjang berbanding sebatian getah EN R . 50 terisi
kaolin. Pada pembebanan yang sama, sebatian getah SMR L terisi silika
menunjukkan sifat pematangan dan mekanik yang lebih baik berbanding
sebatian getah SMR L terisi kaolin. Saiz partikel kaolin yang lebih kecil juga
didapati memendekkan masa pematangan, meningkatkan tork maksimum dan
sifat-sifat mekanik berbanding kaolin bersaiz partikel yang lebih besar di dalam
sebatian getah SMR L. Penggunaan agen pengkupel silana, Si 69 dan POFA
teiah meningkatkan sifat-sifat pematangan dan mekanik sebatian SMR L.
Peningkatan sifat-sifat ini adalah disebabkan interaksi antara kaolin - getah ..
SMR L yang lebih baik.
Description
Keywords
Kesan Pengisi Kaolin Ke Atas Sifat-Sifat Pematangan, Mekanik , Dan Kelakuan Pembengkakan Sebatian Getah Asli