Kebudayaan Megalitik Di Sulawesi Selatan Dan Hubungannya Dengan Asia Tenggara

dc.contributor.authorHASANUDDIN
dc.date.accessioned2016-06-20T01:32:43Z
dc.date.available2016-06-20T01:32:43Z
dc.date.issued2015-09
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk memperolehi data dan maklumat tentang jenis, pertaburan, dan pentarikhan kebudayaan megalitik di Sulawesi Selatan, Indonesia. Kaedah-kaedah kajian melibatkan survei dan ekskavasi arkeologi, etnoarkeologi, analisis saintifik (XRD, XRF, SEM, palinologi dan analisis pentarikhan radiokarbon) serta interpretasi arkeologi. Survei arkeologi telah dilakukan di 10 daerah iaitu Soppeng, Sidenreng Rappang, Bone, Sinjai, Bulukumba, Bantaeng, Jeneponto, Enrekang, Tana Toraja dan Toraja Utara. Ekskavasi arkeologi pula dijalankan di tapak Tinco, Soppeng untuk mengetahui fungsi dan pentarikhan megalitik di kawasan tersebut. Manakala kajian etnoarkeologi dilakukan di daerah Toraja, Soppeng, Bantaeng dan Jeneponto untuk mengetahui cara pendirian, fungsi dan proses ritual tentang kebudayaan megalitik yang masih diamalkan oleh masyarakat di Sulawesi Selatan. Kajian ini telah menemui 15 tapak megalitik di daerah bahagian tengah dan selatan Sulawesi Selatan serta 24 tapak megalitik di daerah bahagian utara Sulawesi Selatan. Kajian ini turut mendedahkan bahawa batuan megalitik seperti batu volkanik, batu pasir dan batu kapur telah diperolehi dari sumber batuan tempatan di setiap daerah berkenaan. Jenis-jenis megalit di Sulawesi Selatan telah dikenalpasti terdiri daripada menhir, lesung, altar, susunan batu temu gelang (stone enclosure), batu bergambar/berukir, dakon, slab box, struktur batu berteres, dolmen dan batu berlubang. Kajian ini juga mendapati bahawa tapak megalitik merupakan tapak penempatan yang dipengaruhi oleh persekitarannya, iaitu lokasinya terletak di dataran rendah sehingga pertengahan di kawasan tengah dan selatan Sulawesi Selatan manakala lokasinya pula terletak di dataran tinggi di kawasan utara Sulawesi Selatan. Secara fungsi, kebudayaan megalitik di Sulawesi Selatan digunakan untuk ritual, pertanian, lambang kekuasaan, gotong royong dan pengebumian. Ekskavasi arkeologi yang dijalankan di tapak Tinco, Soppeng telah memberikan pentarikhan radiokarbon dari 760 hingga 320 BP atau dari abad ke-13 hingga abad ke-17 Masihi untuk kebudayaan megalitik di daerah tersebut. Beberapa persamaan di antara kebudayaan megalitik di Sulawesi Selatan dan Asia Tenggara turut ditemui iaitu (1) secara pentaburan, kebudayaan megalitik ditemui dalam pelbagai jenis dan bentuk di Asia Tenggara, khususnya di Indonesia, Malaysia, Laos, Vietnam, Filipina, Thailand, Myanmar dan Kemboja; (2) secara fungsi, ianya digunakan untuk pemujaan, pertanian, lambang status, kekuasaan para pemimpin atau bangsawan serta untuk pengebumian; (3) secara lokasi, tapak megalitik dijumpai di kawasan yang rendah sehingga ke kawasan tinggi iaitu di lereng ataupun di puncak gunung; dan (4) secara pentarikhan, kebudayaan megalitik di Asia Tenggara telah bermula lebih dari 2,000 tahun yang lalu dan tersebar secara meluas di Asia Tenggara bahkan beberapa masyarakat yang masih mengamalkan kebudayaan megalitik sehingga hari ini.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2137
dc.subjectKebudayaan Megalitik Di Sulawesi Selatanen_US
dc.subjectDan Hubungannya Dengan Asia Tenggaraen_US
dc.titleKebudayaan Megalitik Di Sulawesi Selatan Dan Hubungannya Dengan Asia Tenggaraen_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Tesis Hasanuddin_USM_2015.pdf
Size:
8.05 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: