Nilai-Nilai Dan Norma-Norma Yang Digunakan Oleh Lembaga Penapis Filem Malaysia Dalam Menapis Pita-Pita Video
Loading...
Date
1987
Authors
Omar, Md. Jaki
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Latihan Ilmiah ini mengandungi enam bab.Bermula dengan pengenalan,
dan objektif-objektif perbincangan rasional kajian dijalankan. Seterusnya
usaha untuk memahami konsep-konsep asas dan konsep untuk
tujuan operasionalisasinya, kaedah kajian dan had-hadnya.
Penjelasan mengenai Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) dinyatakan
dalam bab dua. Dinyatakan juga badan-badan yang berkaltan dengan
LPF, perundangan penapisan di Malaysia dan dasar kerajaan melaluinya.
Bab tiga merupakan bahagian ulasan bahan-bahan bacaan yang meliputi
pengetahuan, teori dan beberapa basil kajian yang ada kaitannya dengan
kajian ini . Keseluruhannya menyentuh tentang nilai dan norma,
pengaruh media massa khususnya filem, peranan kerajaan dan pembentukan
polisi.
Bab empat membincangkan analisa pernyataan oleh kalangan Ahli-Ahli
Lembaga Penapis (VTR) mengenai penyaluran nilai dan norma dalam penapisan pita-pita video cereka.Soalan-soalan perlu untuk kajian disalurkan dalam analisa ini.
Bab lima merupakan bab analisa dan huraian secara mendalam terus
kepada adegan-adegan yang telah ditapis melalui contoh-contoh jodol
filem video yang disertakan, sebagai perincian pemilihan penilaian
dan tindakan Ahli-Ahli Lembaga Penapis.
Kajian ini diakhiri dengan penilaian dan kesimpulan bagi bab empat
dan lima, beberapa sumbangan dalam bidang komunikasi, cara memperbaiki
kelemahan kajian, cadangan untuk kajian selanjutnya dan akhirnya
tinjauan penapisan filem di beberapa buah negara.
Description
Keywords
Mass media