Adaptable Topology For Peer-To-Peer Live Video Streaming

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-01
Authors
Mahmooed, Ammar Waysi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Aliran video menjadi satu aplikasi yang penting yang digunakan melalui internet. Penggunaan video yang semakin meningkat dengan pesat dalam pelbagai jenis rangkaian membawa kepada pencarian lebih banyak teknik untuk mengatasi isu berskala. Sistem rakan ke rakan dianggap sebagai murah dan merupakan teknik yang berkesan untuk mengatasi isu berskala dan juga menggantikan sistem tradisional server/pelanggan. Topologi rakan ke rakan mempunyai impak yang tinggi di antara semua bahagian komponen sistem rakan ke rakan seperti penjadualan, ukuran, pengedaran kandungan dan lain – lain; topologi rakan ke rakan menunjukkan sambungan maya antara rakan melalui rangkaian fizikal, oleh itu, topologi rakan ke rakan mempunyai impak yang besar ke atas aliran video dan kelewatan menerima video. Topologi yang dicadangkan dalam kajian ini ialah topologi penyesuaian yang dipengaruhi oleh dua faktor; kadar-bit video dan memuat naik jalur lebar bagi setiap satu rakan dalam rangkaian; di mana sambungan antara rakan akan bertukar berdasarkan pada perubahan pada setiap satu atau dua faktor tersebut. Bentuk topologi akhir yang dicadangkan merupakan hybrid di antara dua topologi sedia ada iaitu topologi jaringan dan topologi pepohon. Topologi pepohon terdiri daripada rakan dengan muat naik jalur lebar yang tinggi, sementara dalam topologi pepohon terdapat pepohon yang bertindak sebagai server untuk pengagihan sumber video di mana rakan ini akan menjadi asas kepada pepohon tersebut. Sementara itu, topologi rangkaian terdiri daripada rakan dengan muat naik jalur lebar yang rendah
Description
Keywords
Topology , Video Streaming
Citation