Migrasi Penduduk Dari Kawasan Kelantan Utara Ke Kawasan Kelantan Selatan.Satu Kajian Kes Di Tanah Rancangan Kesedar (Rpt) Sungai Terah.
Loading...
Date
1985-02
Authors
Ahmad, Faizoull
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Fenulisan ini adalah menyentuh tontang
aspek-aspek yang berkaitan dengan migrasi penduduk
dari Kelantan Utara ke Kelantan Selatan yang kini
telah semakin ketara iaitu migrasi dikebanyakan tanah
rancangan KESEDAR di Kelantan Selatan.Segala
perbincangan adalah di dasarkan kepada kajian yang
telah dijalankan ditanah rancangan KESEDAR Sungai Terah
iaitu dalam daerah Gua Musang Ulu Kelantan.
Di dalam bab awal, penumpuan akan diberi
terhadap aspek pengenalan kepada kajian iaitu tentang
apa yang dikaji, jenis-jenis migrasi, skpp dan
objektif kajian ini dibuat serta kaedah yang dijalankan
dalam mengutip data.
Objektif kajian ialah untuk mengetahui
jumlah yang terlibat, distinasi perpindahan mereka,
jenis pekerjaan dan keadaan sosio-ekonomi mereka
sebelum dan selepas perpindahan.
Bab kedua akan membincangkan mengenai
latar belakang kawasan kajian, yang mana dengan
mengambil kira keadaan geografi negeri Kelantan yang
arnat ketara terbahagi kepada dua bahagian iaitu
kawasan Kelantan Utara yang padat penduduk (8O%
penduduk negeri Kelantan) dan kawasan Kelantan
Selatan yang mempunyai bilangan penduduk yang kurang
(20% penduduk). Kawasan Kelantan Utara adalah merupakan
kawasan dataran, meliputi lebih kurang 205 daripada
tanah di negeri Kelantan dan telah digunakan sepenuhnya
untuk pembangunan dan pertanian. Kawasan Kelantan
Selatan pula meliputi 80'' daripada kawasan tanah,
kawasannya berbukit bukau dan berhutan rimba.
Kawasannya ternyata masih mempunyai ruang dan potensi
untuk pembangunan pertanian.
Dalam bab kctiga penerangan akan tertumpu
kepada KESEDAR iaitu kata singkatan kepada dua
rangkai kata Melayu dan Inggeris iaitu Kelantan Selatan
Development Authority.
Lembaga kemajuan Kelantan Selatan
(KESEDAR) telah ditubuhkan dibawah akta bil.203/1978
(Akta kemajuan Kelantan Selatan) dan telah mendapat
persetujuan Di Raja pada 28hb. Februari,1978.
Penubuhan KESEDAR telah dilancarkan dengan resminya
oleh YAB Datuk Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia
pada 5hb Mac,1978 bertempat di Kampong Batu Gajah,
Tanah Merah.
Tujuan KESEDAR adalah untuk membangunkan
kawasan pendalaman negeri Kelantan, iaitu kawasan
Kelantan Selatan mengikut halacara bersepadu , tersusun
dan terkawal supaya kemajuan dan tujuan pembangunan
yang dikehendaki dapat dijalankan secara menyeluruh
dan memberi faedah yang maksima kepada rakyat Kelantan dari segi sosio-ekonomi.
Description
Keywords
Geography