Amalan Pendidikan Salafus Soleh Terhadap Pembentukan Akhlak Al Karimah Dalam Kalangan Pelajar Pesantren Salafiyah Raudlatul ‘Uluum Aek Nabara Medan - Indonesia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2020-12
Authors
Marfin, Bukhori Fasha
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan amalan dari kurikulum pendidikan salafus soleh, proses pembelanjaran pendidikan salafus soleh dan menentukan sama ada terdapat keteladanan dari kiyai/ guru/ ustaz terhadap pembentukan akhlak al-karimah dalam kalangan pelajar Pesantren Salafiyah Raudlatul ‘Uluum Aek Nabara Medan Indonesia. Pendidikan salafus soleh perlu diketengahkan supaya dapat mengisi kekosongan akal manusia, pengabaian emosi serta rohani manusia melalui contoh tauladan manusia agung iaitu nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya. Kajian ini dilakukan bagi mencapai tiga objektif utama iaitu pertama, mengenal pasti amalan dari kurikulum pendidikan salafus soleh terhadap pembentukan akhlak al-karimah dalam kalangan pelajar di Pesantren Salafiyah Raudlatul ‘Uluum Medan Indonesia. Keduanya, mengenal pasti proses pembelajaran pendidikan salafus soleh terhadap pembentukan akhlak al-karimah dalam kalangan pelajar di Pesantren Salafiyah Raudlatul ‘Uluum Aek Nabara Medan Indonesia. Ketiga, menentukan sama ada terdapat keteladanan dari kiyai/guru/ustaz terhadap pembentukan akhlak al- karimah dalam kalangan pelajar di Pesantren Salafiyah Raudlatul ‘Uluum Aek Nabara Medan Indonesia. Untuk mencapai objektif tersebut, pengkaji menyusun metodologi kajian melalui reka bentuk kajian, metode pengumpulan data dan metode analisis data. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian berbentuk deskriptif yang menggabungkan kedua-dua bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah campuran (mixed methods research). Pengumpulan data pula melalui instrumen pemerhatian dan temubual. Manakala dalam kajian kuantitatif, penyelidik menggunakan soal selidik tertutup sebagai alat pengumpulan data. Rasional penyelidik memilih kepelbagaian teknik pengumpulan data ini adalah berasaskan kepada kesesuaian objektif kajian penyelidik sendiri. Hasil daripada analisis data tersebut, menunjukkan adanya kesan amalan dari kurikulum, proses pembelajaran pendidikan salafus soleh dan keteladanan kiyai/ guru/ ustaz yang dapat mempengaruhi pembentukan akhlak al-karimah iaitu sifat pertengahan dan sederhana, akhlak yang baik, rendah hati (tawadhu’), kebenaran (sidq), amanah, syukur, penyantun dan kasih sayang, kecintaan, pemurah, menjaga lidah.dalam kalangan pelajar Pesantren Salafiyah Raudlatul ‘Uluum Aek Nabara Medan Indonesia. Implikasi kajian ini diharap dapat memberi kefahaman yang jelas tentang tauladan dan sirah peribadi manusia agung nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya (salafus soleh) kepada para pelajar, ibu bapa, guru-guru dan pendidik. Hal ini juga dapat membantu Kementerian Agama dan Kementerian Pendidikan Republik Indonesia dalam merangka sistem pendidikan yang berteraskan nilai-nilai salafus soleh yang berhasil membina masyarakat Islam yang bertamadun.
Description
Keywords
Education
Citation