Simulation Studies Of Efficiency Enhancement Of Epitaxial Thin Film Silicon Solar Cell By Plasmonic Nanostructures
Loading...
Date
2015-02
Authors
SHYUE PIIN, LIM
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian simulasi tentang kesan nanostruktur teras shell plasmonic ke atas prestasi sel solar filem nipis silikon dilaporkan. Enam nanostruktur teras shell yang dikaji ialah Ag nanoshell, Au nanoshell, Cu nanoshell, Ag-teras SiO2-shell zarah, Au-teras SiO2-shell zarah dan Cu-teras SiO2-shell zarah. Dipolar resonants plasmon permukaan (LSPR) nanostrultur telah diubah ke 850 nm (berhampiran kawasan inframerah) dengan mengubah diameter teras. Untuk Ag nanoshell, diameter teras juga diubah untuk mendapatkan LSPR pada 807 nm dan 927 nm. Diameter teras yang telah ditetapkan sebelum ini digunakan dalam simulasi respons spektrum, kecekapan quantum luar, spektrum refleksi dan transmisi dan ciri-ciri IV sel solar filem nipis silikon dengan kehadiran nanostruktur teras shell. Peningkatan respons sel solar terhadap cahaya berhampiran inframerah dikaitkan dengan penyebaran cahaya yang kuat ke hadapan dan kesan memerangkap cahaya yang diperuntukan oleh LSPR dipol struktur-struktur nano teras shell. Ag, Au dan Cu nanoshells meningkatkan respons spektrum sel solar filem nipis silikon dalam julat sudut tuju cahaya yang besar (30° ke 90°). Selepas pengoptimuman kepadatan permukaan, Ag nanoshell dengan jejari dalaman 35 nm dan jejari luar 45 nm memberikan peningkatan kecekapan penukaran kuasa cahaya terbesar (peningkatan sebanyak 38.1%) di antara nanostruktur yang dikaji. Kecekapan penukaran kuasa cahaya adalah setinggi 9.20% untuk sel solar filem nipis silikon dengan Ag nanoshells.
Description
Keywords
Simulation Studies Of Efficiency Enhancement Of Epitaxial , Thin Film Silicon Solar Cell By Plasmonic Nanostructures