Pemetaan jumlah pepejal terampai menggunakan imej kamera digital yang diambil daripada pesawat kecil
Loading...
Date
2003-01
Authors
Lim, Hwee San
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pencemaran air merupakan satu masalah yang serius dan mesti diambil perhatian oleh
negara-negara membangun. Sedimen terampai merupakan un sur utama dalam
pencemaran air. Objektif utama kajian ini adalah untuk menguji kegunaan kamera
digital sebagai pengesan untuk menyediakan data yang berguna bagi penderiaan jauh .
. . ..
Dalam kajian ini, imej digital udara yang diambil dengan kamera digital pesawat kecil
pada altitud yang rendah digunakan untuk memetakanjumlah pepejal terampai (TSS) di
muara sungai. Bagi kajian ini, imej digital satelit tidak digunakan kerana masalah
kesukaran untuk mendapatkan pemandangan yang jelas tanpa Iitupan awan di kawasan
Khatulistiwa. Selain itu, imej digital udara ini juga mempunyai perleraian ruang yang
lebih baik daripada imej satelit serta masa kajian yang fleksibel. Metodologi yang
dicadangkan ini sangat murah; ia hanya menggunakan sebuah kamera digital. Empat
lokasi iaitu Sungai Prai, Kuala Muda, Sungai Merbok dan Tasik Timah Tasoh telah
dipilih untuk tujuan tersebut. Sampel air diambil serentak dengan pengambilan i~ej,
dan lokasinya ditentukan dengan meng~an sebuah alat sistem penentududukan
sejagat (GPS) model bimbit. Sampel air yang diambil dianalisis dalam makmal untuk
menentukan kadar kandungan TSS. Terdapat dua jenis imej digital yang digunakan di
dalam kajian ini, iaitu, imej miring dan imej menegak. Imej miring diambil dengan
sudut paksi di antara kamera dengan imej pada ketinggian 3000 kaki dan 8000 kaki,
manakala imej menegak diambil pada ketinggian 8000 kaki. Imej miring asal yang
diambil pada altitud 3000 kaki menunjukkan kecerahan dan juga nilai nombor digital
(DN) bagi imej yang semakin meningkat mengikut jaraknyi Imej kontur bagi
perubahan kecerahan diplotkan dan pembetuJan kecerahan imej bagi imej digital
dilakakiln dengan mcrujuk kepa~~ imej kontur t~rseh!!t Teknik pembetulan kecerahan
imej ini juga memperbaiki kualiti imej dan menghasilkan keputusan yang lebih baik
daripada imej mentah. Keadaan ini juga dibuktikan oleh nilai pekali korelasi yang lebih
tinggi di dalam penganalisisan imej selepas pembetulan kecerahan. Imej berwarna
diasingkan kepada tiga jalur, iaitu jalur merah, jalur bijau dan jalur biru. Nombor digital
bagi setiap jalur ditentukan merujuk kepada lokasi sampel air untuk kalibrasi algoritma.
Selain itu, pelbagai bentuk algoritma diuji, dan nilai pekali korelasi (R) serta nilai
sisihan punca min kuasa dua (RMS) dibandingkan. Algoritma dipilih adalah model .. .. "
peJbagai jalur dan polinorriial kuadratik berdasarkan R yang tertinggi (> 90%) dan RMS
yang terendah. Algoritma ini kemudiannya digunakan untuk melakarkan peta taburan
bahan terampai bagi kawasan kajian. Pembetulan geometri dilaksanakan ke atas peta
tersebut dan ia dikodwamakan. Pengesahan penggunaan algoritma juga dilakukan
dengan menggunakan gabungan data bagi beberapa tarikh yang tidak sarna. Satu teknik
normalisasi keadaan atmosfera dilakukan terhadap imej digital untuk data bagi beberapa
tarikh tersebut. T eknik normalisasi keadaan atmosfera ini dilakukan dengan merujuk
kepad~ satu imej ruj~an. Pe~gesahan ini menghasilkan nilai R yang agak tinggi (>
80%). Perbandingan kuantitatif antara peta yang dilakarkan menggunakan algoritma
dengan data rujukan menunjukkan keputusan yang boleh diterima pakai. Hasil kajian
menunjukkan imej daripada kamera digital boleh digunakan untuk memetakan taburan
bahan terampai. Selain itu, segal a masaIah dan cadangan juga diberikan untuk
memperbaiki kajian ini pada masa akan datang.
Description
Keywords
Sedimen terampai merupakan un sur utama , dalam pencemaran air.