Kajian Kesan Perbezaan Individu Dalam Strategi Pencarian Dan Kebolehgunaan Alat Pencarian Internet

Loading...
Thumbnail Image
Date
2000-12
Authors
Lim, Tek Yong
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini mengkaji kesan .. perbezaan individu dalam strategi pencarian menggunakan alat pencarian Internet dan kebolehgunaan aJat pencarian Internet. Seramai tiga puluh orang subjek dari Universiti Sains Malaysia telah diuji dengan gaya kognitif dan gaya penyelesaian masalah. Google, Copernic dan Altavista telah dipilih sebagai alat pencarian dalam kajian ini. Subjek telah diberikan tiga tugas pencarian khas untuk dilakukan dalam keadaan makmal eksperimen. Tambahan pula, subjek diminta untuk menilai kebolehgunaan dan perkaitan bagi setiap alat pencarian berdasarkan tugas pencarian yang dilakukan oleh mereka. Hasil kajian menunjukkan perbezaan individu mempengaruhi strategi pencarian bagi tugas tertentu dan alat pencarian tertentu. Bidang bebas dan inventori penyelesaian masalah rendah lebih aktif dan cekap dalam pencarian mereka. Google menjadi pilihan utama subjek sebagai alat pencarian utama pada masa akan datang. Oleh itu, pendekatan yang diambil dalam kajian ini adalah untuk memahami perbezaan individu dari segi gaya kognitif dan penyelesaian masalah serta keperluan pengguna dalam menggunakan kelebihan sistem penemuan kembali maklumat Internet. Dengan ini, pereka bentuk dan pembangun penemuan kembali maklumat dapat membina struktur paparan dan antara muka yang optimum bagi ·pengguna.
Description
Keywords
Kajian Kesan Perbezaan Individu Dalam Strategi Pencarian , Dan Kebolehgunaan Alat Pencarian Internet
Citation