Status Pemakanan Dan Kesihatan Di Kalangan Lelaki Dewasa Yang Bersukan, Bersenam Dan Sedentari: Satu Kajian Perbandingan Dan Intervensi

Loading...
Thumbnail Image
Date
2002-09
Authors
Wan Daud, Wan Nurdi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Satu kajian hirisan-lintang telah dijalankan ke atas tiga kumpulan lelaki dewasa, berumur di antara 18 hingga 44 tahun di sekitar Kota Bham. Responden kajian terdiri daripada 83 ahli sukan terlatih (ahli sukan), 80 orang yang aktif bersenam (ahli senaman) dan 80 orang yang tidak aktif (sedentari). Kajian ini bertujuan untuk membandingkan status pemakanan dan kesihatan di antara ketiga-tiga kumpulan serta untuk melihat kesan program pendidikan pemakanan selama 12 minggu terhadap aras lipid serum di kalangan kumpulan aktif yang mempunyai aras kolesterol total yang tinggi. Keputusan kajian menunjukkan purata indek jisim tubuh (BMI) di kalangan kumpulan ahli sukan, ahli senaman dan sedentari ialah masingmasing 22.6, 23.4 dan 24.3 kglm2 , manakala kandungan lemak badan ialah 15.7, 18.9 dan 20.6%. Prevalens Iebih berat badan (BMI ;::: 25.0 kglm2 ) di kalangan ahli sukan ialah 21.7%, iaitu Iebih rendah berbanding dengan ahli senaman (29.9%) dan sedentari (47.5%). Masalah hipertensi (sistolik ;::: 140 mmHg dan/atau diastolik ;::: 90 mmHg) di kalangan ahli sukan (13.2%) juga lebih rendah berbanding dengan ahli senaman (17.5%) dan sedentari (42.5%). Masalah anemia (hemoglobin < 13 giL) di kalangan ahli sukan ialah 10.8%, iaitu lebih tinggi berbanding dengan ahli senaman . (5.0%) dan sedentari (2.5%). Purata aras trigliserida (TO) di kalangan ahli sukan, ahli senaman dan sedentari ialah masing-masing 1.25, 1.62 dan 1.74 mmollL; aras kolesterol total (TC) ialah 5.38, 5.78, dan 6.11 mmollL; aras kolesteroI LDL (LDL) ialah 3.53, 3.87 dan 4.22 mmollL; dan uras kolesterol HDL (HDL) ialah 1.26, 1.17 dan 1.11 mmol/L. Pada hari biasa, purata pengambilan tenaga, protein, lemak, karbohidrat, kalsium, zat besi, vitamin A, riboflavin, niasin dan vitamin C adalah hampir sama di kalangan ketiga-tiga kumpulan responden. Purata penggunaan tenagaoleh kumpulan ahli sukan (2,272 kcal/hari), ahli senaman (2,255 kcallhari) dan sedentari (2,268 kcallhari) juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Pada hari mereka melakukan aktiviti fizikal, pengambilan tenaga dan semua nutrien oleh ahli sukan dan ahli senaman didapati meningkat. Purata penggunaan tenaga oleh ahli sukan dan ahli senaman juga meningkat masing-masing kepada 2,861 dan 2,576 kcallhari. Kajian ini juga mendapati program pendidikan pemakanan selama 12 minggu telah menghasilkan perubahan purata aras TG, TC, LDL dan HDL masingmasing sebanyak -17.3%, -15.6%, -21.5% dan +11.9%. Sebagai kesimpulan, taraf pemakanan dan kesihatan di kalangan kumpulan aktif, khususnya ahli sukan adalah lebih baik berbanding dengan kumpulan sedentari. Walau bagaimanapun ianya masih kurang memuaskan disebabkan pengambilan makanan yang tidak memenuhi saranan. Program pendidikan pemakanan adalah berkesan dalam memperbaiki aras lipid serum golongan aktif.
Description
Keywords
Sains Kesihatan , Status Pemakanan Dan Kesihatan
Citation