The Study Of Chinese Trade Ceramics In Sungai Sadong, Sarawak

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-01
Authors
JIA YI, JONATHAN KO
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tesis ini membincang tentang hasil kajian seramik perdagangan dari China yang ditemui di Senangeh, Benat Hilir and Gedong di Sungai Sadong, Sarawak. Metodologi kajian yang diguna terdiri dari analisis secara morfologi dan saintifik serta kajian perbandingan untuk menjawab isu and persoalan tentang klasifikasi seramik (jenis dan warna glasiar), asal-usul dan pentarikhan seramik perdagangan China yang dijumpa di Sungai Sadong. Analisis morfologi yang dijalankan dalam kajian ini merangkumi klasifikasi berdasarkan warna glasiar, jenis, fungsi dan dekorasi seramik. Di samping itu, analisis saintifik dijalankan untuk mengkaji kandungan bahan-bahan kimia dalam sampel seramik yang dipilih untuk perbandingan dengan hasil klasifikasi berdasarkan ciri-ciri morfologi. Hasil daripada analisis secara morfologi dan saintifik turut dibandingkan dengan seramik rujukan dari tapak-tapak di China serta tapak dan kapal karam di Asia Tenggara. Tujuan perbandingan ini adalah untuk menentukan asal-usul dan pentarikhan seramik perdagangan yang dikaji dari Sungai Sadong, Sarawak. Sebanyak 6 jenis seramik dengan pelbagai warna glasiar, 15 jenis seramik dengan rekabentuk yang berlainan dan 3 kategori dekorasi utama dikenalpasti dalam kajian ini. Seramik dari kilang tanur Longquan di Provinsi Zhejiang dan Dehua di Provinsi Fujian, dua pusat pengeluaran seramik utama di selatan China telah dikenalpasti dalam kajian ini manakala produk seramik dari kilang tanur Jingdezhen di Provinsi Jiangxi dan kilang tanur Cizao di Provinsi Fujian pula berjaya dikenalpasti buat kali pertama.
Description
Keywords
The Study Of Chinese Trade Ceramics , In Sungai Sadong, Sarawak
Citation