Satu Kaedah Untuk Menentukan Modul Boleh Ditingkatkan Bagi Produk Modular

Loading...
Thumbnail Image
Date
2010-08
Authors
UMAR, ALIAS
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Gabungan perkembangan teknologi yang pantas dan permintaan meluas dari pengguna, memerlukan rekabentuk pengeluaran yang terbaik. Rekabentuk modular dipercayai dapat memenuhi faktor-faktor tersebut. Rekabentuk modular ditakrifkan sebagai konsep kejuruteraan yang mengatur dan menstrukturkan produk atau sistem kompleks kepada set komponen terpisah yang boleh dibangunkan secara bebas dan kemudian dihimpunkan bersama bagi membentuk sistem yang lengkap. Objektif kajian ini adalah untuk melihat kesan perubahan parameter prestasi kepada rekabentuk mekanikal dengan menggunakan pendekatan modular. Pendekatan modular dalam senibina platform akan menghasilkan banyak produk daripada bilangan komponen yang ~erhad. Oi dalam merekabentuk pam empar hanya parameter seperti bilangan bilah pendesak, sudut masukan dan kadaralir akan mempengaruhi prestasi produk dari segi bentuk, dimensi dan gemeteri. Oi dalam penyelidikan ini, pam empar akan digunakan sebagai kajian kes. Pemodularan dijalankan dengan menguraikan komponen-komponen berdasarkan fungsi, fizikal dan gerakan kinematik. Seterusnya berdasarkan struktur fungsi dan fizikal disenaraikan komponen dan proses yang terlibat untuk dikenalpasti. Selepas itu berdasarkan interaksi di antara komponenkomponen yang dipetakan menghasilkan matrik interaksi. Setelah beberapa peringkat leleran menggunakan algoritma pesegitigaan matrik pemodularan dihasilkan. Oaripada sini, parameter dikelompokkan dan dikenalpasti sebagai modul yang perlu direkabentuk semula bagi membolehkan ia dikongsi tanpa melibatkan perubahan rekabentuk yang drastik mengikut permintaan pengguna. Aspek parameter dalam penyelidikan menunjukkan keberkesanan aplikasi pendekatan modular dalam menghasilkan modul yang boleh ditingkatkan prestasi di dalam pembangunan produk.
Description
Keywords
Satu Kaedah Untuk Menentukan Modul , Boleh Ditingkatkan Bagi Produk Modular
Citation