Perkembangan Sektor Perniagaan Di Pusat Bandar Kulim - Satu Kajian Untuk Meninjau Pembanguan Bandar Kulim
Loading...
Date
1986
Authors
Gui, Yiak Seng
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Sejak 1948, proses perbandaran nasional telah dipertingkatkan
akibat berlakunya Darurat dan kemudiannya bertujuan menyerap
sebahagian besar daripada penduduk yang berpindah ke kawasan bandar.
Dengan perlaksanaan Rancangan-Rancangan Malaysia amnya dan
Dasar Ekonomi Baru khasnya, strategi perbandaran yang dijalankan
lebih bertujuan untuk mencapai matlamat DEB, iaitu penyusunan semula
masyarakat melalui pertumbuhan aktiviti-aktiviti bandar yang
lebih pesat dan seimbang serta menggalakkan penglibatan kaum Bumiputra
dalam sektor perdagangan dan perindustrian.
Adalah satu realiti bahawa proses perbandaran negara ini
adalah tidak seimbang di mana adanya kecenderungan daripada bandar-bandar
besar dan baru untuk menguasai perkembangan, sehingga bandar-bandar
kecil sukar untuk berkembang. Akan tetapi, usaha-usaha dalam
membangunkan kedua-dua bandar besar dan bandar baru tidak pula bebas
daripada masalah-masalah yang tertentu hingga menyebabkan sebahagian
dari matlamat yang ditetapkan tidak teroapai. Memandangkan
pencapaian matlamatnya yang kurang memuaskan disertai pula kesedaran
bahawa pusat-pusat bandar dapat memainkan peranan penting
dalam mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan wilayah, perhatian
telah dialihkan kepada bandar-bandar kecil yang sedia ada. Keinginan
serta usaha kerajaan dalam membangunkan bandar-bandar kecil memang
tidak dapat dinafikan. Namun demikian, adanya kesan-kesan yang menunjukkan
bahawa pembangunan yang dialami oleh bandar-bandar kecil
adalah perlahan, jauh daripada apa yang dihajatkan oleh kerajaan.