Skema Berangka Untuk Masalah Goursat
Loading...
Date
2010-06
Authors
Nasir, Mohd Agos Salim
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Masalah Goursat merupakan masalah matematik yang melibatkan persamaan
pembezaan separa yang mempunyai terbitan bercampur. la ditemui di dalam banyak
bidang sains dan teknologi. Beberapa kajian berangka khususnya kaedah beza
terhingga telah dilakukan dari pelbagai sudut oleh penyelidik terdahulu berkaitan
dengan masalah ini. Di antara skema yang telah dibangunkan terdapat skema yang
mengimplimentasi pengiraan menggunakan min harmonik nilai fungsi untuk
menyelesaikan masalah Goursat dan keputusan daripada suatu kajian perbandingan
yang telah dijalankan mendapati peningkatan tahap kejituan apabila pengiraan
menggunakan min harmonik berbanding min geometrik dan min aritmetik. Justeru itu
kajian tersebut menegaskan bahawa tahap kejituan sesuatu skema dipengaruhi
sesuatu min yang dipilih. Walaubagaimanapun kajian lain telah menunjukkan secara
berangka penggunaan rnin aritmetik memberikan penyelesaian lebih jitu berbanding
min harmonik.
Description
Keywords
Skema Berangka , Masalah Goursat