Pelancungan Dan Rekreasi Di Port Dickson

Loading...
Thumbnail Image
Date
1985
Authors
Chin, Soi Yok
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Latihan ilmiah ini menghuraikan beberapa aspek yang berkenaan dengan pelancungan dan rekreasi di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Tiga aspek telah diutamakan iaitu ciri-ciri pelancung, pilihan ian pandangan mereka mengenai Port Dickson serta cadangan pelawat untuk meninggikan daya penarik Port Dickson. Kajian mengenai ciri-ciri pelancung Port Dickson menjadi aspek utama sekali. Antara ciri-ciri yang disentuh ialah pendapatan pelawat, jangka masa lawatan, bilangan pelawat dalam satu rombongan serta hubungan antara mereka. Aliran pelancung juga diketahui untuk mendapat satu gambaran mengenai jarak antara. tempat tinggal pelancung dengan Port Dickson. Keputusan yang diperolehi mencerminkan Port Dickson lebih dikenali sehagai satu tempat rekreasi untuk orang-orang Malaysia khasnya mereka yang tinggal di Seremban, Melaka dan Kuala Lumpur. Lokasi pantai ini mengkukuhkan lagi kesimpulan ini sebagai satu-satunya pantai yang menarik di bahagian tengah Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Description
Keywords
Tourism
Citation