Sejarah Kebangkitan Persatuan-Persatuan Islam Di Sabah Dari Tahun 1945 - 1972
Loading...
Date
1983
Authors
Osman, Ahmad Tahir Ali
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Sabah yang dahulunya dikenali sebagai North Borneo
telah melalui tiga jenis penjajahan. Bermula dengan kemasukan
Chartered Company, Jepun dan British Colony. Sejarah
penjajahan ini agak menarik kerana ianya telah melibatkan
kehidunan penduduk tempatan samada dari segi politik, sosial,ekonomi dan Ugama. Semr.ngat kemerdekaan p-.da tahun-tahun
1950an dan 60an wujud adalah kerana adanya kebangkitan
semangat mempertahankan kecucian Islam. Atas dasar inilah
maka saya telah memberi tumpuan kajian ini kenada kebangkitan
Persatuan-persntuan Islam di Sabah dari tahun 1945 - 1972.
Tahun-tahun 1940 adalah tahap dimana penduduk tempatan
dipengaruhi oleh idea-idea kebangsaan bercarnpur keislaman
dari negeri jiran seperti Bruneo Singapura terutamanya dari
Semenanjung Malaysia.
Sebelum tahun 1940 penduduk tempatan masih kabor dengan
semangat kebangsaan, erti kedaulatan dan erti mempertahankan
bangsa dan Agama. Dengan adanya pembukaan cawangan pertubuhan-pertubuhan
dari Semenanjung Malaysia berserta dengan kemasukan
pemimpin-pemimpinnya, akhirnya memberi kesedaran kepada
penduduk tempatan untuk turut memperjuangkan kedaulatan
bangsa dan agama mereka.
Kajian yang dibuat oleh penulis dihadkan kepada tahun
1972, walau bagaimanapun tidak dinafikan pada aspek tertentu
penulis melanjutkannya hingga tahun 1976 terutamanya aktiviti
USIA.
Description
Keywords
Islam , History