Pertubuhan Organisasi Maya Secara Automatik Dalam Grid Dengan Protokol Pilih, Sepadan, Berunding Dan Mengembang

dc.contributor.authorW AI KHUEN, CHENG
dc.date.accessioned2016-08-02T08:33:39Z
dc.date.available2016-08-02T08:33:39Z
dc.date.issued2008-09
dc.description.abstractSekelompok sumber perkomputeran yang teragih dan berlainan jenis dalam persekitaran grid akan membentuk organisasi maya dan berkongsi sumber komputer. Kaedah terkini dalam perkongsian sumber komputer masih memerlukan penglibatan manusia dan ia memakan masa dan kos yang tinggi. Kekangan ini mencetuskan idea untuk menggunakan ejen secara automatik dalam memudahkan proses perkongsian sumber komputer. Keperluan bagi pihak yang berkongsi sumber komputer akan disenaraikan dalam polisi. Persetujuan di antara pihak akan tercapai dengan menggunakan mekanisme tawar-menawar. Kaedah ini bertujuan untuk meningkatkan taraf kepuasan antara pihak yang terlibat melalui perundingan. Satu rangka keIja untuk polisi undingan secara automatik telah dibentangkan dalam t~sis ini demi menyelesaikan konflik antara dua pihak. ProtokoI yang bemama Select, Match, Negotiate and Expand (SMNE) ataupun Pilih, Sepadan, Berunding dan Mengembang, telah diperkenalkan untuk membantu pentadbir sumber komputer dalam perundingan semasa pertubuhan organisasi maya. Empat metrik penilaian digunakan untuk menilai protokol SMNE, iaitu integrasi ejen-grid, skalabiliti organisasi maya, fleksibiliti polisi serta reliabiliti perundingan. Satu simulasi perundingan yang melibatkan pelbagai ejen telah dibina untuk mengkaji pertubuhan organisasi maya secara automatik. Keputusan menunjukkan pendekatan pertubuhan-secara-berunding adalah lebih baik daripada pertubuhan-secara-tidak-berunding dari segi kadar kejayaan dan taraf kepuasan dengan peningkatan sekurang-kurangnya 35% dalam kes yang dikaji. Bahkan, pendekatan pertubuhan-secara-berunding-kreatif menunjukkan keputusan yang lebih cemerlang dengan 10% penambahbaikan daripada nilai yang ditunjukkan oleh pertubuhan-secaraberunding. Pendekatan pertubuhan-secara-berunding-kreatif dapat menyelesaikan konflik dan kesendatan perundingan jika pihak terlibat gagal bertolak ansur. Maka, protokol SMNE adalah sesuai digunakan dalam pertubuhan organisasi maya secara automatik serta dapat meyelesaikan batasan seperti rigiditi dan kurang fleksibiliti bagi perkhidmatan konteks organisasi maya, kekerapan penglibatan manusia serta kekurangan kewujudan integrasi ejen-grid.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2354
dc.subjectPertubuhan Organisasi Maya Secara Automatiken_US
dc.subjectDalam Grid Dengan Protokol Pilih, Sepadan, Berunding Dan Mengembangen_US
dc.titlePertubuhan Organisasi Maya Secara Automatik Dalam Grid Dengan Protokol Pilih, Sepadan, Berunding Dan Mengembangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: