Synchronization Controller To Solve The Mismatched Sampling Rates For Acoustic Echo Cancellation
Loading...
Date
2015-01
Authors
NAEEM, ADEL NADHEM
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Aplikasi-aplikasi Suara melalui IP (VoIP) yang menggunakan set komunikasi bebas tangan semakin meluas digunakan. Masalah gema akustik yang boleh terjadi dalam sistem-sistem komunikasi bebas tangandapat diselesaikan dengan menggunakan pembatalan gema akustik (AEC). Walau bagaimanapun, sebelum ini AEC hanya boleh dicapai melalui pemproses penyepaduan skala sangat besar (VLSI) atau pemproses-pemproses isyarat digital yang direka khas untuk AEC. Namun begitu, dengan peningkatan kuasa komputasi komputer peribadi, pemprosesan isyarat masa nyata dan AEC menggunakan komputer peribadi boleh dilakukan pada masa sekarang. Malangnya, ketidakpadanan kadar pensampelan boleh berlaku antara komponen-kompenen komputer peribadi dan ia akan menyebabkan kegagalan sistem AEC tersebut. Tanpa pengubahsuaian, sistem AEC tidak boleh berfungsi dengan sempurna tanpa kadar pensampelan isyarat-isyarat input yang sepadan. Sistem yang dicadangkan akan menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan dua algoritma penukaran kadar pensampelan untuk mengubah kadar-kadar pensampelan kedua-dua isyarat input ke sistem AEC tersebut.
Description
Keywords
Synchronization Controller To Solve The Mismatched Sampling Rates , For Acoustic Echo Cancellation