Analisis sistem pengukuran parameter elektronik kepersisan tinggi

Loading...
Thumbnail Image
Date
2001-10
Authors
Lee, Peng Soon
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Disertasi ini merangkumi prosedur langkah demi langkah untuk melakukan analisis sistem pengukuran untuk voltan and impedan sel bateri. Garis panduan utama untuk menjalankan analisis adalah dicadangkan oleh MSA Reference Manual, AIAG (1998), CIC 103 Source of Variation Participant Guide, Motorola University (2000) serta McCarville dan Montgomery (1996). Perbincangan yang terperinci mengenai kesan resolusi alat pengukur dapat menentukan samada alat pengukur tersebut dapat mengesan perubahan yang berlaku. Kesan nilai indeks MSA yang kurang baik juga merupakan topik perbincangan. Lengkungan prestasi alat pengukur dan jalur keselamatan adalah penyelesaian sementara yang dicadangkan dalam disertasi ini sekirannya nilai MSA alat pengukur didapati kurang memuaskan. Perisian statistik dan matematik turut digunakan untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat dalam masa tersingkat. JMP adalah perisian yang digunakan dalam analisis statistik manakala MathCAD digunakan apabila analisis matematik diperlukan.
Description
Keywords
Analisis sistem pengukuran untuk voltan , dan impedan sel bateri
Citation