Penentu Dan Penggunaannya

Loading...
Thumbnail Image
Date
2008-06
Authors
YEW SI, LIM
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Objektif projek ini ialah untuk memberi kefahaman yang lebih menyeluruh tentang penentu, projek ini dimulakan dengan sejarah penentu serta takrifannya yang dikaitkan dengan konsep pilihatur. Selain itu, teorem-teorem berkaitan dengannya turut dibincangkan. Kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk mengira penentu termasuklah Petua Sarrus, Kaedah Kofaktor dan Kaedah Penurunan Baris. Projek ini akan membincangkan beberapa aplikasi penentu. Antaranya ialah ia boleh digunakan untuk mencari penyelesaian sistem persamaan linear dan menyemak kewujudan sesuatu matriks songsang. Dengan menggabungkan konsep penentu dan sistem persamaan homogen, kita dapat membina persamaan garis lurus, persamaan lengkung dan persamaan satah secara tersirat. Penentu juga boleh digunakan untuk mengira ILlas segiempat selari, luas segitiga, isipadu tetrahedron dan isipadu paralelepiped. Selain itu. ia juga digunakan untuk menghitung nilai eigen sesuatu matriks dan mencari Jacobian.
Description
Keywords
Penentu Dan Penggunaannya
Citation