Perancangan Dan Perlaksanaan Kempen Komunikasi Negeri Perak
Loading...
Date
1987
Authors
Anurbek, Mokhtar Alfakari
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Di negara-negara barat, pakar-pakar komunikasi telah mula menumpukan penyelidikan terhadap proses perancangan komunikasi pada tahun 1960an (Marco Antonio, 1979:10)UNESCO merupakan badan yang bertanggungjawab di dalam memulakan penyelidikan tersebut.
Pada tahun 1964, para pakar komunikaai seperti Daniel Lerner dan Dr.
Wilbur Schramm dengan bantuan East-West Center a Communication Institute
1, telah menumpukan kajian mengenai proaea perancangan komunikaai
di Asia (Edwin Emery, 1979:33)
Di negara Malaysia, kajian seumpama itu telah dimulakan
pada tahun 1971, dengan tertubuhnya Puaat Latihan Penyiaran Nasional
di Kuala Lumpur (Edwin Emery, 1979:33) Walau bagaimanapun,
kajian yang telah dibuat masih belum menyeluruh, hanya tertumpu di-
peringkat nasional sahaja. Ini adalah kerana polisi komunikaai di-
Malaysia wujud atas dasar sementara (ad hoc) iaitu sebahagian besar
polisi-polisi tersebut tidak ditulis secara rasmi. Segala
polisi dan perancangan komunikasi ditentukan di peringkat atasan Kementerian Penerangan dan di peringkat kabinet sahaja (Ronny Adhikanya 1977:97).Ini juga memberikan satu gambaran bahawa kajian mengenai proses perancangan komunikasi di peringkat negeri termasuk
negeri Perak masih belum lagi dikaji oleh para pengkaji.