Pola Gunatanah Bandar Kota Kinabalu: Implikasi Dan Pengaruhnya

Loading...
Thumbnail Image
Date
1986
Authors
Ajamain, Juhari
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Walaupun bandar sering dianggap sebagai lambang pembangunan dan kemajuan suatu masyarakat, tetapi wujud juga fenomena-fenomena negatif di dalam masyarakat bandar telah mendorong penulis untuk membuat kajian mengenai punca sebenar wujudnya keadaan ini dari sudut pandangan geografi. Di dalam kajian ini bandar Kota Kinabalu dijadikan sebagai tapak kajian untuk menguji hipotesis, iaitu, sejauhmanakah sahihnya faktor ekonomi pasaran bebas mempengaruhi pola gunatanah bandar ini. Apakah faktor ini merupakan faktor utama dan tersendiri di dalam menentukan pola gunatanah? Matlamat ini Cuba dicapai dengan membuat pembacaan, kajian luar dan melawat ke pejabat dan agensi kerajaan serta temubual dengan penghuni bandar ini serta pegawai kerajaan untuk mendapatkan maklumat dan data-data. Kemudian, penganalisaan dibuat dan dicatatkan hasilnya dalam laporan kajian.
Description
Keywords
Gunatanah , Kota Kinabalu
Citation