Kesan Pra-Rawatan Basuhan Ke Atas Ciri Sisa Kelapa Sawit Terhasil Melalui Pirolisis

dc.contributor.authorAbdul Rahman, Aizuddin
dc.date.accessioned2021-06-14T06:51:34Z
dc.date.available2021-06-14T06:51:34Z
dc.date.issued2019-08
dc.description.abstractLambakan sisa kelapa sawit seperti tandan kosong (TKS), cangkerang isirong (CIS) dan pelepah tandan (PTS) sawit amnya menjanjikan suatu keboleh sediaan sumber bahan bakar lestari. Kumpulan biojisim ini mempunyai peratusan kemeruwapan jirim dan nilai tenaga yang tinggi dengan julat masing-masing di antara 76 hingga 85 wt% dan 17 hingga 19 MJkg-1. Siri faktor pra-rawatan air pencucian dilaksanakan, dan masing-masing hadir berkeadaan terbaik pada, TKS; pra-rawatan medium rendaman air suling, rendaman berkeadaan suhu bilik (~30°C) dan tempoh masa rendaman 40 minit, CIS; pra-rawatan medium rendaman air suling, rendaman berkeadaan suhu bilik (~30°C) dan tempoh masa rendaman 20 minit, dan PTS; pra-rawatan medium rendaman air suling, suhu rendaman 50°C dan tempoh masa rendaman 30 minit. Pada keadaan pra-rawatan ini, peratusan kandungan abu TKS, CIS dan PTS merekodkan penurunan masing-masing daripada 4.07 kepada 2.74 wt%, 5.97 kepada 4.32 wt% dan 3.93 kepada 2.23 wt%. Aplikasi proses pirolisis mendapati hasil pepejal arang hadir tinggi hanya pada julat awal suhu pirolisis manakala, hasil cecair pirolisis didapati meningkat seiring dengan peningkatan suhu pirolisis. Perbandingan sifat biojisim terawat memperlihat produk arang dan cecair pirolisis kaya dengan komposisi karbon, dan juga memiliki kandungan nilai tenaga yang tinggi berbanding biojisim tak rawat. Sifat fizikal briket arang-cecair pirolisis menunjukkan peningkatan nilai ketumpatan, rintangan hentaman dan rintangan tekanan seiring penambahan peratus jisim cecair pirolisis di dalam nisbah campuran.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/13566
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKelapa Sawiten_US
dc.subjectPirolisisen_US
dc.titleKesan Pra-Rawatan Basuhan Ke Atas Ciri Sisa Kelapa Sawit Terhasil Melalui Pirolisisen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: