Sifat Dan Rekabentuk Bagi Tampalan Bak-Bézier Boleh Berbentang
Loading...
Date
2013-07
Authors
Yeoh, Weng Kang
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Permukaan boleh berbentang telah digunakan secara meluas dalam rekabentuk geometri
dan perkilangan kerana permukaan tersebut boleh dibentangkan pada sesuatu satah tanpa
terkedut atau terkoyak. Tujuan tesis ini adalah memperkenalkan tampalan bak-Bézier
boleh berbentang yang terdiri daripada lengkung kubik bak-Bézier sebagai lengkung
sempadan. Tampalan tersebut yang mempunyai sifat seperti yang dinyatakan di atas,
senang dinilai, serta mempunyai titik-titik kawalan yang kurang, digunakan untuk
membentuk gabungan permukaan bak-Bézier boleh berbentang. Kualiti berkenaan
sesuatu gabungan permukaan yang memenuhi syarat keselanjaran G0 , G1 atau C1
kemudian disemak dengan menggunakan garis penyerlah. Selain itu, satu teknik untuk
memetakan tampalan bak-Bézier boleh berbentang yang terletak pada ruang tiga dimensi
kepada satah, turut dibincangkan dalam tesis ini.
Description
Keywords
Sifat Dan Rekabentuk , Tampalan Bak-Bézier