Penggunaan Persamaan Pembezaan Separa Untuk Menjana Reka Bentuk Permukaan

dc.contributor.authorIshak, Shahrul Nizam
dc.date.accessioned2018-11-02T03:27:23Z
dc.date.available2018-11-02T03:27:23Z
dc.date.issued2010-06
dc.description.abstractPersamaan pembezaan separa (PPS) telah meluas digunakan dalam bidang kom- puter gra k, reka bentuk berbantu komputer (RBK) dan reka bentuk geometri berbantu komputer (RGBK) untuk aplikasi pemodelan geometri seperti reka bentuk permukaan, penjanaan semula reka bentuk dan animasi. Jadi, untuk menggunakan sepenuhnya kelebi- han yang terdapat pada PPS tersebut, tesis ini mengemukakan pendekatan inovatif bagi penjanaan reka bentuk permukaan menggunakan persamaan pembezaan separa. Secara metematiknya, penjanaan permukaan dilihat sebagai masalah nilai sempadan yang mana maklumat digunakan untuk menentukan suatu reka bentuk permukaan yang ditakrifkan disepanjang hujung lengkungnya. Pereka menentukan reka bentuk permukaan dan kaedah PPS yang akan menghasilkan janaan permukaan tersebut. Gambaran matematik yang digunakan untuk menjana setiap permukaan adalah berasaskan penyelesaian terhadap PPS tersebut. Maka, kajian telah menghasilkan reka bentuk permukaan dengan meng- gunakan PPS peringkat kedua, keempat dan keenam. Formulasi PPS tersebut dinyatakan dalam versi yang telah diubahsuai. Kemudian, penjanaan permukaan berparameter meng- gunakan penyelesaian secara analitis terhadap PPS dikaji. Pengenalan kepada syarat sempadan dengan kehadiran fungsi sinus dibincangkan. Beberapa kesan perubahan pa- rameter ditunjukkan melalui contoh ilustrasi tersebut. Seterusnya, penjanaan permukaan reka bentuk bebas menggunakan PPS diselidiki dan beberapa contoh hasil janaan di- tunjukkan. Akhirnya, penjanaan permukaan dengan kawalan rangka didemonstrasikan berserta dengan kepentingan penggunaannya juga diterangkan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/6955
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPenggunaan Persamaan Pembezaan Separaen_US
dc.subjectMenjana Reka Bentuk Permukaanen_US
dc.titlePenggunaan Persamaan Pembezaan Separa Untuk Menjana Reka Bentuk Permukaanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: