Sosio-Ekonomi Wanita Melayu Kedah, 1881-1940

Loading...
Thumbnail Image
Date
2003-07
Authors
AWANG @ MUSA, MAHANI
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini memberi tumpuan kepada kedudukan sosio-ekonomi wanita Melayu Kedah dalam jangka waktu 1881 hingga 1940 dengan penelitian khusus terhadap aspek usaha tanah, harta pesaka, permodalan, pendidikan dan kesihalan. Dalam tempoh tersebut, wanita Melayu Kedah didapati telah memainkan peranan yang berterusan dalam perkembangan sosio-ekonomi negeri itu. Kesedaran tentang keperluan menarnbah kekayaan dan harta juga menyebabkan wanita Melayu dalam tempoh kajian tidak teragak-agak mempertahankan hak mereka ke atas harta sepencarian, harta warisan dan harta yang dibeli sendiri apabila mendapati hak mereka dicabuli. Namun dalam keadaan lain pula, tekanan ekonomi kapitalis yang lebih rencam dan masalah buta huruf menjadikan wanita Me1ayu sebagai golongan yang paling terdedah kepada gejala berhutang. Gejala berhutang yang berleluasa di kalangan wanita termasuk wanita kerabat diraja menjadi salah satu sebab mengapa aspek pendidikan kepada anak-anak perempuan mula diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Pembaharuan dalarn aspek pendidikan ini sedikit sebanyak mengubah pemikiran wanita Melayu termasuk tentang makna kesihatan diri. Pendekata, kehadiran kolonialisme dengan penekanan aspek modal yang lebih rencam tidak menghalang wanita Melayu bergiat dalam pengumpulan harta dan uSaha mengubah nasib diri. Gerak kuasa kepada perubahan ini datang dari dalam diri wanita sendiri dan bukan semata-mata kerana pembaharuan yang dibawa oleh penjajah kerana penjajahan di Kedah hanya memperkemaskan pentadbiran yang sedia ada.
Description
Keywords
Sosio-Ekonomi Wanita Melayu Kedah , 1881-1940
Citation