Kajian sifat-sifat elektrik varistor ZnO terdop bumi nadir
Loading...
Date
2001-12
Authors
Lim, Kok Keong
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kerja penyelidikan ini rnengkaji kesan-kesan pendopan bumi nadir ke atas prestasi
elektrik varistor ZnO. Pendopandilakukan dengan kuantiti kecil Praseodymium oksida
(Pr601l) pada peratusan berat (wt%) yang berubah-ubah. Pre stasi peranti ini diperhatikan.
Permerhatian yang dibuat menunjukkan arus kebocoran melintasi peranti berkurang
secara bereksponen dengan kenaikan Pr6011 wt%.
Penambahan Pr6011 didapati meningkatkan kedua-dua pekali ketaklinearan, a., dan
kapasitan akibat kerintangan bumi nadir oksida yang tinggi. Berdasarkan fotomikrograf
yang diperolehi, dapat diperhatikan bahawa bumi nadir bertindak sebagai suatu perencat
pertumbuhan butiran kerana saiz butiran menurun dengan pendopan bumi nadir. Kesan
ini rnenyebabkan bertambahnya voltan varistor pada arus 1 rnA, kerana voltan adalah
berkadar songsang kepada saiz butiran. Pendopan bumi nadir juga dapat meningkatkan
kestabilan elektrik peranti kerana berkurangnya degradasi varistor.
Kajian ini juga mengkaji bagaimana Pr6011 mernainkan peranan dalam ketidak-hadiran
samada Bh03 atau S~03 a~u kedua-dua sekali pada masa yang sarna, dari segi prestasi
elektrik peranti varistor.
Kestabilan elektrik varistor ZnO adalah penting untuk penggunaan praktikaI. Jadi, kajian
ini juga tertumpu pada kesan sepuh lindap terhadap degradasi dan penyerapan tenaga
peranti.
Description
Keywords
Kesan-kesan pendopan bumi nadir ke atas , prestasi elektrik varistor ZnO.