Adat melenggang perut yang semakin luput di kalangan masyarakat Melayu Melaka kini
Loading...
Date
1988
Authors
Azizah Abu Chik.
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Dalam masyarakat tradisi Alam Melayu, konsep adat
memancarkan hubungan mendalam lagi bermakna antara sesama manusia
dan dengan alam sekitarnya, termasuk alam tabii, alam social dan
alam ghaib. Setiap perhubungan ini diucapkan sebagai adat, diberi
bentuk tegas dan khusus melalui sikap, perbuatan dan acara.
Adat memberi takrif kepada seluruh kompleks hubungan
itu sama ada dalam erti intisari kewujudan sesuatu asas ukuran
buruk baik, peraturan hidup seluruh masyarakat mahupun tatacara
perbuatan individu dan penubuhan serta perjalanan satu-aatu
kelompok institusi. Dari segi etimologi, 'adat' berasal dari
bahasa Arab yang bererti kebiasaan. 3 • Dalam ertikata lain,
adat bolehlah diertikan sebagai peraturan hidup masyarakat yang
tidak kurang penting dan diberikan perhatian juga.
Adat adalah merupakan pencerminan daripada keperibadian
sesuatu bangsa, merupakan salah satu penjelmaan daripada jiwa
yang bersangkutan dari abad ke abad. Oleh kerana itu maka tiap
bangsa di dunia ini memiliki adat kebiasaan sendiri-sendiri yang
satu dengan yang lainnya tidak sama. Justeru oleh kerana ketidak--.
samaan inilah kita dapat mengatakan bahawa adat itu merupakan
unsur yang terpenting yang memberikan identiti kepada bangsa
yang bersangkutan.
Description
Keywords
Adat melenggang perut , Adat melenggang perut yang semakin luput